PRODUK INFORMASI
Pilihan Anda
Untuk menceburi perniagaan pesanan pos dengan memasarkan bahan-bahan informasi, anda mempunyai 3 pilihan:
1. Terbitkan sendiri buku panduan atau informasi
2. Jual bahan-bahan yang sudah diterbitkan
3. Buat kedua-duanya sekali
Terbitkan Sendiri: Ramai mereka yang menceburi bidang penulisan dan penerbitan sendiri tidak mendapat hasil yang setimpal, kerana mereka cuma tahu menerbitkan, sebaleknya tidak mengetahui rahsia pemasaran yang berkesan.
Adalah merugikan jika anda hanya tahu menulis atau menerbitkan buku sahaja. Anda mestilah bersedia untuk memasarkan bagi mendapatkan imbuhan paling maksima dari hasil kerja anda itu. Untuk menulis dan membuat banyak wang darinya, tidak memerlukan bakat semulajadi. Manual ini ditulis untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan samada untuk sekadar cukup makan atau yang lebih besar!.
Dalam hal penulisan atau memasarkan buku-buku bacaan, persediaan disusuli dengan tindakan, adalah lebih penting dari sekadar inspirasi sahaja. Manusia cuma memerlukan 5% sahaja masa mereka untuk berfikir dan merancang, dan selebihnya 95% adalah untuk diambil tindakan. Jika anda mengambil keputusan untuk menulis sesuatu informasi yang berharga, berhenti dari terlalu berfikir dan bercakap.
Dalam manual ini anda akan mempelajari teknik, taktik, konsep, panduan dan kaedah yang boleh membawa kejayaan anda dalam penulisan atau penerbitan sendiri. Itulah yang anda perlukan kearah kesejahteraan hidup. Satu nasihat dari saya: Jika anda mempunyai keyakinan diri dan projek yang ingin anda jalankan, jangan toleh kiri atau kanan, LAKUKAN SAJA!.
Berikut adalah senarai topik yang diminati dan terus dicari oleh pembaca:
Manusia mahu mendapatkan:
Lebih Wang Ketenangan
Jaminan masa depan Keyakinan Diri
Lebih masa lapang Sukaria
Kesihatan lebih baik Ada kelas
Harga Diri Gambaran positif
Maju dalam perniagaan Penampilan diri
Manusia gemar:
Menonjolkan keperibadian Melancung
Lakukan tugas penting Buat sumbangan besar
Memajukan diri sendiri Buat kerja mudah
Bersukaria Buat hal sendiri
Menyempurnakan sesuatu Mulakan perniagaan sendiri
Hampir setiap orang berkeinginan untuk "menulis sebuah buku" dan hampir semuanya boleh lakukan!. Kebanyakan orang mempunyai kebolehan dan kemahuan, tetapi sebahagian sahaja dari mereka yang merealisasikan.
Untuk menulis satu laporan adalah mudah, dan untuk menulis panjang lebar untuk sebuah buku tidaklah sebegitu sukar. Jika anda boleh fikirkan dan ucapkan, maka anda boleh menuliskannya!. Mulakan dengan tajuk utama, kemudian pecah-pecahkan menjadi tajuk-tajuk kecil untuk memudahkan penulisan anda.
Manusia inginkan maklumat "Bagaimana…." dan mereka sanggup bayar untuk mengetahuinya. Anda mungkin terkejut mengetahui bahawa buku-buku panduan yang membawa tajuk "Bagaimana…." boleh dan sentiasa mendapat pasaran yang sangat baik. Sumber yang terbaik untuk mendapatkan informasi yang mereka cari ini, adalah daripada pengalaman anda sendiri, disamping rujukan dan penyelidikan. Tulislah apa jua yang anda lebih tahu atau paling anda gemari.
Kaedah Menulis
Inilah sebenarnya punca datangnya wang atau keuntungan dalam perniagaan pesanan pos (mail order). Ianya merupakan sesuatu yang semua orang boleh lakukan, dan jika disertai dengan tumpuan, pembelajaran, kajian dan usaha yang sungguh-sungguh, anda boleh menjadi seorang yang sangat berdikari dan kaya. Bahagian yang sukar dalam hal penulisan ini ialah mencari "rempah ratus"nya. Lapuran yang orangramai berminat untuk mengetahui selalunya ditulis dalam 2 atau 3 muka surat sahaja, yang boleh dijual dengan harga RM10.00 setiap satu. Ia memberikan panduan dan keterangan lanjut, tentang "Bagaimana menyelesaikan masaalah…", "Bagaimana Untuk… ", "Bagaimana Menghilangkan.…" "Kaedah Mengelakkan…." atau sebagainya.
Kita membicarakan tentang penulisan bahan informasi berdasarkan perkara-perkara asas. Seseorang lelaki, wanita atau kanak-kanak boleh menulis lapuran mengenai apa-apa sabjek (perkara) - dengan syarat mereka mempunyai pengetahuan tentang sesuatu sabjek tersebut, berdasarkan pengalaman sendiri dan penyelidikan, atau kedua-duanya sekali. Ramai wanita berjaya menulis lapuran mengenai "kaedah buat wang" berdasarkan sabjek yang berkisar dari segi penyelesaian masaalah rumahtangga. Dan ramai pula kaum lelaki telah berjaya menulis lapuran-lapuran yang boleh mendatangkan wang mengenai kaedah mencari kepuasan dari aktiviti-aktiviti masa lapang, seperti memancing ikan, menanam pokok, menghias rumah, kerja pertukangan atau lain-lain hobi. Senarai sabjek atau tajuk yang boleh ditulis adalah terlalu banyak, dan lapuran-lapuran mengenai kaedah buat wang yang lebih cepat dan mudah, tidak lagi terhad kepada penulis lelaki, berbanding dengan tajuk yang berkaitan dengan masakan, yang terhad kepada kaum wanita.
Walaupun kerja menulis lapuran adalah mudah, namun kadangkala ianya boleh mengambil masa yang agak lama, sehingga menyebabkan berpeluh dan meletihkan untuk menyiapkan sesuatu lapuran itu. Tetapi, itu bukan sebab untuk melemahkan semangat anda. Sentiasa ingat matalamat anda!.
Nasihat yang terbaik yang boleh saya beri untuk menulis sesuatu lapuran cara buat duit, ialah dengan mengandaikan diri anda sedang bercakap dengan seseorng, walaupun seolah-olah anda sedang bercakap telefon dengan jiran sebelah mengenai tajuk yang sedang anda tulis.
Gunakan cara menulis yang sama seperti yang anda lakukan semasa berada di tingkatan 4 atau 5 persekolahan dahulu.
Kandungan lapuran mestilah terus kepada tajuk cerita dengan fakta-fakta yang jelas dan berkaitan sahaja. Fikirkan kehendak pembaca dan gunakan bahasa yang kebanyakannya digemari oleh mereka.
Ini tidak berarti anda harus patuh kepada hanya bahasa persuratan sahaja. Ia bermaksud, untuk menulis lapuran "Bagaimana cara….", anda harus mengambil ingatan bahawa lapuran-lapuran yang anda tulis nanti, adalah merupakan bahan percakapan antara anda dan pembaca, yang mana bahasa yang anda tuturkan mestilah bersesuaian. Tuliskan dahulu ringkasan bahan-bahan yang hendak ditulis. Ini penting sekali.
Tapi percayalah, segala-galanya akan berjalan lancar, tanpa perlu banyak membuat pindaan atau menulis semula, dan akhirnya bahan tulisan anda menjadi lebih baik sekiranya menggunakan ringkasan bahan-bahan utama, sebelum anda mulai menulis.
Lapuran-lapuran yang boleh mendatangkan wang sebegini dinamakan: folio, buku, risalah, panduan atau kadang-kadang dipanggil Plan Kejayaan Diri. Sebenarnya, lapuran-lapuran ini merupakan panduan yang mampu memberi informasi kepada pembaca, mengenai perkara atau tajuk yang beliau ingin tahu.
Lapuran-lapuran informasi "Bagaimana untuk….", telah dan akan terus ditulis bagi memberi panduan dan informasi kepada pembaca, bagaimana untuk memulakan, untuk memajukan, untuk menikmati, untuk memulakan sesuatu perniagaan baru, membesarkan perniagaan yang ada sekarang, bagaimana buat lebih banyak wang, bagaimana menyimpan wang, bagaimana menyelesaikan masaalah peribadi, bagaimana menikmati kehidupan yang bahagia; dan sebagainya. Anda akan mendapati lapuran-lapuran sedemikian adalah sangat berharga dalam perniagaan anda dan dicari-cari oleh pembaca dalam menyelesai masaalah atau memenuhi kepuasan diri masing-masing.
Lapuran anda boleh terdiri dari dua muka surat atau lebih, ditaip dengan baik dengan tajuk yang menarik. Pembaca akan berminat kepada tajuk, sebelum membeli lapuran anda untuk membaca kandungannya.
Oleh itu, menentukan sesuatu tajuk tulisan juga memainkan faktor penting yang boleh memikat mata dan hati pembaca, untuk ingin mengetahui selanjutnya kandungan tajuk yang anda tulis.
Lebih banyak anda berfikir dan menulis tentang sesuatu tajuk, lebih mudah untuk anda memahami kehendak pembaca.
Rahsia Menjana Pendapatan melalui Prepaid | Rahsia Menjana Pendapatan melalui Handphone
|