Rahsia Mail Order @ Rahsia Pesanan Pos

 

PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Daftarkan terlebih dahulu perniagaan anda dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan di negeri anda masing-masing. Di Kuala Lumpur, anda boleh mendaftar perniagaan baru di Pejabat Pendaftaran Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Tingkat 2, The Mall (berhadapan Putra World Trade Centre), Kuala Lumpur.

Anda mungkin tidak dapat lakukan sendiri pendaftaran tersebut, kerana ia melibatkan beberapa proses pengisian Borang yang mesti dilakukan dengan teliti dan tepat. Terdapat ramai agen-agen bebas di sana, yang bersedia memberi khidmat untuk mendaftarkan perniagaan baru. Mereka akan meminta bayaran perkhidmatan yang sederhana!. Proses pendaftaran akan siap dalam masa 1 - 2 jam sahaja. Sijil pendaftaran hanya boleh siap dalam tempuh seminggu, dan anda boleh ambil sendiri.

1.0 Jenis-jenis Entiti Perniagaan

Jenis-jenis perniagaan yang lazimnya terdapat di Malaysia adalah terdiri dari bentuk-bentuk berikut:

1.   Perniagaan Perseorangan;

2.   Perniagaan Perkongsian;

3.   Syarikat Berhad;

4.   Koperasi.

1.1. Perniagaan Perseorangan/Pemilik Tunggal

1.   Bilangan Ahli: 1 orang

2.   Undang-undang: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

3.   Pengurusan: Pengurus (Pemilik/Tuanpunya) serta pekerja-pekerjanya

4.   Tanggungan: Tidak terhad

5.   Pembahagian Keuntungan: Untuk seorang sahaja

1.2. Perniagaan Perkongsian

1.   Bilangan Ahli: 2 orang hingga 20 orang

2.   Undang-undang: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961

3.   Pengurusan: Pengurus dan Rakan Kongsi

4.   Tanggungan: Tidak terhad. Pihak pemiutang boleh menuntut kerugian daripada mana-mana ahli kongsi tersebut sehingga boleh melibatkan harta-harta persendirian.

5.   Pembahagian bergantung kepada peratus pegangan saham Keuntungan antara ahli-ahli kongsi.

Kelebihan menjalankan perniagaan jenis PERNIAGAAN PERSEORANGAN dan PERKONGSIAN ini ialah pemilik dan rakan kongsi perniagaan tidak perlu mendedahkan Penyata Kewangan kepada pihak awam.

Di sudut percukaian, kerugian perniagaan boleh ditolak dengan pendapatan persendirian lain seperti penggajian, dividen, sewa dan lain-lain.

1.3. Syarikat Berhad

Syarikat Berhad terbahagi kepada tiga jenis. Ia diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

1.   Syarikat Berhad oleh Syer

2.   Syarikat Berhad oleh gerenti/jaminan

3.   Syarikat tak berhad dengan atau tanpa modal syer

1.   Syarikat Berhad oleh Syer

Syarikat Berhad oleh syer terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1.   Syarikat Sendirian Berhad

2.   Syarikat Berhad

1.3.1.1. Syarikat Sendirian Berhad

                                                      i.            Bilangan Ahli :2 orang hingga 50 orang

                                                   ii.            Undang-undang: Akta Syarikat, 1965

                                                iii.            Pengurusan: Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa oleh ahli-ahli syarikat/pemegang saham untuk melantik pasukan pengurus untuk mengurus operasi syarikat. Biasanya pasukan pengurus sesebuah syarikat terdiri dari:

a.    Pengurus Besar

b.   Setiausaha Syarikat

c.    Juruodit

d.   Pengurus-pengurus Bahagian

                                                      i.            Tanggungan:Terhad kepada saham yang dimiliki

                                                   ii.            Pembahagian Keuntungan: Melalui dividen mengikut keuntungan syarikat seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat agong.

                                                iii.            Pindahmilik Saham: Dikuasai oleh Pengarah dan Mesyuarat Agong.

Syarikat dilarang menjemput orangramai membeli saham & mendepositkan wang.

b) Syarikat Berhad/Awam

Sebuah syarikat berhad atau syarikat awam berhad ialah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mempunyai modal saham yang boleh ditawarkan kepada orangramai.

Bilangan Ahli tidak terhad. Sekurang-kurangnya 2 orang keahlian dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli.

                              i.            Pindahmilik saham syarikat adalah bebas tanpa apa-apa syarat terutama syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham. Pindahmilik dibuat melalui broker saham tanpa membebankan ahli atau syarikat.

                           ii.            Syarikat boleh menjemput orangramai membeli sahamnya dengan mengeluarkan prospektus yang dicetak dan diedarkan kepada orangramai melalui surat khabar, broker saham, rumah terbitan dan bank. Penjualan dibuat secara tunai.

                        iii.            Syarikat boleh menjemput orangramai menyimpan atau mempertaruhkan wang di dalam syarikat samada untuk tujuan mendapatkan faedah atau sebaliknya melalui prospektus.

2.   Syarikat Berhad dengan Gerenti/Jaminan

Syarikat berhad dengan jaminan ialah syarikat yang ditubuhkan tanpa modal untuk tujuan kebajikan, pelajaran, sukan, seni, sains, ugama dan lainlain. Sumber kewangan adalah melalui derma orang ramai atau sumbangan dari pihak kerajaan dan swasta. Keuntungan sekiranya ada, tidak boleh diarihkan kepada ahli sebaliknya dilaburkan semula ke dalam syarikat. Contohnya: Yayasan Pelajaran MARA, Yayasan Johor, Tabung Pelaburan Perwira, Yayasan Islam dan sebagainya.

2.0. PROSEDUR PENDAFTARAN PERNIAGAAN

2.1. PERNIAGAAN PERSEORANGAN/TUNGGAL

1.   Seseorang yang ingin mendaftarkan perniagaannya boleh memilih samada ingin mendaftarkannya sendiri atau melalui pihak wakil pengurusan.

2.   Beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftarkan perniagaan adalah seperti berikut::

Langkah I :

Carian nama. Dapatkan borang carian nama dari Pejabat Pendaftaran Perniagaan dan penuhkan. Majukan kepada pihak kaunter ROB untuk menentukan nama yang dipohon boleh digunakan. Pastikan nama perniagaan menggunakan 100% dalam Bahasa Malaysia atau 100% dalam bahasa Ingeris. Perkataan-perkataan tertentu adalah dilarang penggunannya seperti National, Royal dan lain-lain.

Langkah II

Dapatkan Borang A daripada Pejabat Pendaftar dan penuhkan.

Langkah III

Setelah dipenuhkan dan ditandatangani, pastikan Borang tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dengan bayaran lebih kurang RM5.00.

Langkah IV

Kemukakan Borang A tersebut bersama-sama dengan salinan kad pengenalan pemilik dan surat kelulusan nama.

Langkah V

Dapatkan Sijil Perakuan Pendaftaran dan biasanya mengambil masa lebih kurang satu minggu.

Bayaran bagi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

RM50.00 Nama Perniagaan menggunakan nama sendiri (seperti dalam Kad Pengenalan). Contohnya: Ali bin Ahmad.

RM25.00 Nama Perniagaan menggunakan nama selain nama sendiri. Contohnya: Ali Ahmad Enterprise, Restoran Ali Ahmad dan lain-lain.

Pendaftaran ini adalah sah selama satu tahun. Setiap pembaharuan akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00. Kelewatan memperbaharui Pendaftaran Perniagaan akan dikenakan penalti dan jumlah penalti ditentukan berdasarkan tempoh luput itu.

2.1.1. Perubahan

Sebarang perubahan kepada butir-butir perniagaan seperti alamat perniagaan, bidang perniagaan, ahli kongsi dan sebagainya perlulah dibuat melalui BORANG "B". Borang yang telah diisi dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah bolehlah dikemukakan ke Pejabat Pendaftar. Bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan pada perubahan pendaftaran ini.

2.1.2. Penamatan

Penamatan perniagaan boleh dibuat di Pejabat Pendaftar Perniagaan dengan mengemukakan BORANG C. Borang ini mestilah dikemukakan dalam 2 salinan. Pastikan ianya disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan penamatan.

2.2. PERKONGSIAN

Proses dan prosedur pendaftaran perniagaan perkongsian pada asasnya adalah sama seperti pendaftaran perniagaan perseorangan iaitu dengan menggunakan BORANG A. Cuma ahli kongsi mestilah mengisi borang yang berasingan, "Borang P.N.A.-1A". Langkah-langkah seterusnya adalah sama seperti di atas.

2.3. PENDAFTARAN SYARIKAT SDN. BHD.

Permohonan bagi penubuhan sesebuah syarikat Sdn. Bhd. boleh dikendalikan di mana-mana Cawangan Pejabat Pendaftar Syarikat di Malaysia. Walau bagaimanapun, kelulusan pendaftaran tersebut hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan daripada Ibu Pejabat Pendaftar Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur. Alamat Pejabat Ibu Pejabat Pendaftar Syarikat adalah seperti berikut:

Pendaftar Syarikat Malaysia

Pejabat Pendaftar Syarikat

Tingkat 2, Putra Place,

100, Jalan Putra,

50622 Kuala Lumpur

Prosedur Penubuhan dan Fee/bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:-

1.   Permohonan Carian Nama:

Permohonan carian nama syarikat hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang 13A, dalam dua salinan. Bayaran sebanyak RM30.00 dikenakan bagi setiap satu nama. Kelulusan nama tersebut berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu:-

  • Nama yang dipohon tidak bersamaan atau menyerupai dengan nama syarikat lain yang telah didaftarkan.
  • Nama yang dipohon tidak termasuk di dalam nama yang tidak diingini.
  • Nama yang dipohon tidak bersangkutan dengan kerabat diraja seperti raja, putera, puteri, permaisuri dan lain-lain.
  • Nama yang dipohon tidak bersamaan dengan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan, Organisasi antarabangsa atau parti politik (Warta Kerajaan bertarikh 14 April 1966).
  • Pastikan nama yang dipohon tidak melebihi dari 50 huruf perkataan termasuk perkataan "Sendirian Berhad".
  • Kelulusan menggunakan nama syarikat yang dipohon akan diberikan sekiranya semua syarat di atas dipatuhi. Kebenaran menggunakan nama tersebut diberikan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan.

2. Pemfailan Dokumen-dokumen Pendaftaran.

2.1. Memorandum & Articles Syarikat

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

A: MEMORANDUM OF ASSOCIATION

Kandungannya: 1. Nama Syarikat.

2. Objektif syarikat.

3. Kedudukan pejabat berdaftar.

4. Tanggungan ahli syarikat.

1.   Modal syarikat.

2.   Nama, alamat dan pekerjaan penaja memorandum.

B: ARTICLES OF ASSOCIATION

Kandungannya:

1.   Definisi articles

2.   Definisi Sdn. Bhd.

3.   Modal syarikat dan saham

4.   Mesyuarat Agong

5.   Lembaga Pengarah

6.   Setiausaha Syarikat

7.   Cop mohor syarikat

8.   Dividen dan simpanan

9.   Akaun dan Odit

10.                     Nama, alamat dan saham penaja articles dll.

Memorandum of Articles hendaklah ditandatangani oleh semua penaja dan saksi dan dimatikan setem dengan bayaran seperti di bawah:

Salinan asal: RM200.00

Salinan pendua: RM 20.00

1.   Borang 6 - Statutory Declaration of Compliance (Lampiran)

Borang ini ditandatangani oleh pengarah utama atau setiausaha syarikat yang menguruskan penubuhan syarikat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah

2.   Borang 48A - Statutory Declaration by a person Before appointment as d irector or promoter before incorporation of corporation (Lampiran)

Setiap pengarah hendaklah mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah sebelum perlantikan sebagai Pengarah syarikat.

3.   Lampiran A - Borang Pendaftar Syarikat

Borang ini mengandungi butir-butir syarikat seperti nama, alamat berdaftar, modal dibenar, ahli Lembaga Pengarah dan Setiausaha Syarikat.

4.   Borang 9 - PERAKUAN PERBADANAN SYARIKAT

Borang 9 atau Perakuan Perbadanan Syarikat akan dikeluarkan kepada syarikat oleh Pejabat Pendaftar Syarikat sekiranya dokumen yang dihantar memenuhi kehendak Akta Syarikat. Perakuan ini menyatakan tarikh penubuhan syarikat, nama dan nombor syarikat.

3. Selepas Penubuhan

Selepas penubuhan, syarikat mestilah mengadakan mesyuarat pertama ahli Lembaga Pengarah dalam masa satu bulan dari tarikh penubuhannya. Ini bertujuan bagi meluluskan beberapa perkara berhubung dengan pendaftaran syarikat.

Selepas mesyuarat ini, syarikat mestilah memfailkan borang-borang berikut tidak lewat dari satu bulan dari tarikh penubuhan syarikat.

3.1. Borang 24 - Return of Allotment of Share

Butir-butir pemegang saham, pembahagian shaam dan cara bayaran samasa secara tunai atau sebaliknya.

3.2.Borang 44 - Notice of Situation of Rgistered Office and of Office Hours.

Borang ini menyatakan kedudukan alamat berdaftar syarikat dan di mana semua buku berkanun syarikat disimpan. Biasanya di alamat Setiausaha Syarikat.

3.3. Borang 49 - Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Change of Particulars.

Borang ini memberikan butir-butir ahli Lembaga Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat. Sebarang perubahan yang berlaku mestilah dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar Syarikat.

 

MEMULAKAN PERNIAGAAN

Saya cadangkan anda memilih produk informasi seperti buku panduan, artikel, manual atau laporan, untuk perniagaan pesanan pos anda. Anda boleh mulakannya di mana-mana sahaja, umpamanya satu sudut atau ruang yang boleh memuatkan sebuah meja dan kerusi di rumah atau kediaman anda. Jika boleh pilihlah tempat yang sesuai dan tertutup, seperti bilik yang boleh dikunci apabila anda keluar rumah. Apabila perniagaan bertambah maju, barulah boleh difikirkan untuk mencari satu ruang pejabat yang sesuai.

Alamat Surat Menyurat

Alamat perniagaan yang anda daftar itu mestilah alamat rumah atau pejabat. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan urusan penerimaan surat-menyurat berhubung perniagaan ini, anda memerlukan satu peti surat. Pergilah ke mana-mana pejabat pos di daerah anda, untuk mengemukakan permohonan penyewaan satu peti surat. Di Kuala Lumpur, pejabat pos Besar menyediakan banyak peti surat untuk tujuan peribadi atau perniagaan. Bayaran yuran peti surat tidak mahal, iaitu RM50.00 setahun!.

Bawalah siji pendaftaran perniagaan bersama anda ke Pejabat Pos Daerah dan berjumpalah dengan pegawai yang mengendalikan hal-hal peti surat. Anda dikehendakki mengisi borang khas untuk memohon peti surat tesebut. Pada masa yang sama, anda akan diberitahu samada ada kekosongan peti surat untuk disewa. Jika nasib anda baik, anda akan diperuntukkan satu peti surat, nombor peti surat dan anak kuncinya sekali. Gunakanlah alamat peti surat ini untuk urusan perniagaan pesanan pos ini, kerana segala surat menyurat yang dikirim oleh pelanggan-pelanggan anda, melalui alamat peti surat, akan lebih cepat tiba dan lebih selamat.

Peralatan Yang Diperlukan

Meja, Kerusi, Kabinet Fail, Sampul surat, kepala surat, mesin taip atau komputer, tali, klip, pembuka envelop, gam, getah pemadam, bakul sampah, lampu, setem, akaun bank, sistem simpan kira-kira, telefon dan lain-lain yang anda fikir perlu.

Anda boleh tambah peralatan yang diperlukan dari masa ke semasa. Untuk jimat kos, tak perlu beli meja atau kerusi baru. Gunakan peralatan asas yang telah sedia ada di rumah, seperti meja atau kerusi.

Mesin taip atau komputer berserta printer, adalah sangat penting untuk menjalankan pernaigaan ini. Hari ini, hampir setiap rumah di Malaysia ini, memiliki komputer. Sebagai permulaan, sekurang-kurangnya sebuah mesin taip adalah memadai. Jika kewangan anda tidak mengizinkan, memadai dengan membeli mesin taip atau komputer second-hand, yang masih boleh digunakan dan dapat dibeli dengan murah. Hari ini saya boleh dapat sebuah komputer lama termasuk monitor dan printer dengan harga kira-kira RM500 sahaja!. Anda kenalah rajin ke kedai komputer atau bertanyakan rakan-rakan mengenai hal ini.

Pastikan lampu disekitar meja tempat anda bekerja itu terang. Jangan lupa beli sebuah buku kosong untuk tujuan merekodkan hasil perniagaan. Sistem rekod ini adalah penting. Ia boleh menjadi petunjuk dri masa ke semasa, kemajuan perniagaan anda.

Bukalah satu akaun bank untuk urusan keluar atau masuk wang, berkaitan perniagaan anda. Lebih baik jika anda boleh membuka akaun semasa, yang membolehkan anda membuat urusan pembayaran menggunakan cek.

Kebanyakan pelanggan lebih suka membuat pertanyaan melalui telefon, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk, sebelum membuat pesanan. Oleh itu, satu talian telefon adalah perlu.

Jika anda tidak bersedia untuk menjawab telefon dari pelanggan-pelanggan anda, gunakan sahaja alamat peti surat anda itu untuk menerima pertanyaan atau pesanan melalui pos. Pastikan anda membalas pertanyaan mereka dengan segera!. Kepuasan pelanggan mestilah diberi keutamaan.

Kepala Surat (Letterhead)

Dalam perniagaan pesanan pos, 90% hubungan antara anda dan pelanggan dilakukan melalui surat menyurat. Kepala surat yang menarik dan dicetak khas, akan lebih menarik dan meyakinkan pelanggan. Jika anda juga dapat mengadakan kepala surat (letterhead) sebegini, pastinya lebih baik.

Siapa Yang Layak?

Hampir semua orang layak menjalankan perniagaan pesanan pos (mail order), asalkan boleh berfikir seperti orang lain, mempunyai idea sendiri dan mempunyai impian yang kuat untuk mencapai kejayaan.

Ahli Perniagaan - lelaki atau wanita yang tergolong dalam kategori ini tidak mempunyai apa-apa masaalah untuk menjalankan perniagaan ini.

Jurujual - lelaki dan wanita yang aktif dalam bidang jualan mempunyai potensi yang baik. Pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang jualan akan membantu mempercepatkan kejayaan dalam perniagaan ini.

Suri Rumah - perniagaan ini sangat sesuai dilakukan secara sambilan oleh suri rumah, terutama mereka yang mempunyai masa lapang yang membosankan. Kalau dulunya, perniagaan ini hanya dijalan oleh kaum lelaki, tetapi sejak kebelakangan ini, begitu ramai kaum wanita dan suri rumah khasnya, yang melibatkan diri dalam perniagaan ini, samada secara sambilan atau sepenuh masa!.

Pesara - dengan melibatkan diri dalam perniagaan ini, bukan sahaja dapat memenuhkan masa lapang selepas persaraan mereka, tetapi juga dapat memberi keseronokan. Ramai golongan pesara ini yang sedang bergiat aktif dalam perniagaan pesanan pos. Ramai yang berjaya dan jangan terkejut kerana ramai yang jangka hayatnya lebih panjang. Menurut mereka, faktor utama ialah aktiviti perniagaan yang menyeronokkan dan membuatkan hidup mereka lebih ceria sepanjang hari.

Utamakan Kepuasan Pelanggan

Anda akan memperoleh pendapatan yang lebih banyak, dalam jangka masa panjang, tidur yang lena, jika berjaya memberikan pelanggan anda produk-produk informasi yang boleh memberikan kepuasan kepada mereka setelah membacanya, seolah-olah nilainya adalah lebih dari harga yang mereka bayar. Kejujuran adalah kunci kepada kejayaan sepanjang masa.

Tidak dinafikan, terdapat perniagaan pesanan pos yang menawarkan produk informasi yang gagal memberi manfaat atau keuntungan kepada pelanggan. Mereka ini lebih mementingkan keuntungan jangka pendek. Akibatnya pelanggan mungkin tidak akan membuat pembelian lagi dari mereka.

Undang-undang

Banyak peraturan dalam undang-undang negara, berkaitan dengan perniagaan pesanan pos. Berikut adalah beberapa perkara penting yang mesti dipatuhi, apabila menjalankan perniagaan pesanan pos:

1.   Setiap produk yang dipesan melalui pos hendaklah dikirim dalam masa 30 hari dari diterima pesanan/pembayaran;

2.   Produk yang dikirim kepada pelanggan mestilah sama dengan apa yang anda catitkan dalam iklan atau risalah pos anda;

3.   Melainkan jika anda menyatakan "tiada jaminan wang dikembalikan" anda mestilah membayar balik wang pelanggan, jika mereka memulangkan produk anda dalam keadaan baik, dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan.

Produk Yang Sesuai

Perniagaan pesanan pos (mail order) hari ini, disebut sebagai perniagaan jutawan atau "multi-millionaire". Walaupun harga setem, kos penghantaran pos atau kos-kos pengendalian yang lain semakin naik, tetapi tidak memberi banyak kesan kepada perniagaan ini. Ia terus berkembang pesat!.

Hampir apa jua produk boleh dijual melalui pos. Satu ketika dulu, saya pernah menjual barangan seperti cincin, assesori wanita, barangan hadiah, jangan tangan dan dinding, dan lain-lain, yang diperolehi dari pembekal borong. Setelah ditolak kos-kos pembungkusan dan penghantaran dan lain-lain, saya memperolehi keuntungan yang sederhana dari penat lelah saya itu.

Saya tidak berpuashati dengan keuntungan jualan yang diperolehi dan terpaksa memikirkan masaalah yang timbul jika barangan atau produk yang dikirim keapda pelanggan itu rosak, pecah dan sebagainya.

Setelah sekian lama saya berfikir dan membuat kajian, saya akhirnya menemui satu jenis produk yang cukup sesuai untuk perniagaan pesanaan pos (mail order) ini….. iaitu produk INFORMASI!.

KA LAMAN SETERUSNYA....

PRODUK INFORMASI

Pilihan Anda

Untuk menceburi perniagaan pesanan pos dengan memasarkan bahan-bahan informasi, anda mempunyai 3 pilihan:

1.   Terbitkan sendiri buku panduan atau informasi

2.   Jual bahan-bahan yang sudah diterbitkan

3.   Buat kedua-duanya sekali

Terbitkan Sendiri: Ramai mereka yang menceburi bidang penulisan dan penerbitan sendiri tidak mendapat hasil yang setimpal, kerana mereka cuma tahu menerbitkan, sebaleknya tidak mengetahui rahsia pemasaran yang berkesan.

Adalah merugikan jika anda hanya tahu menulis atau menerbitkan buku sahaja. Anda mestilah bersedia untuk memasarkan bagi mendapatkan imbuhan paling maksima dari hasil kerja anda itu. Untuk menulis dan membuat banyak wang darinya, tidak memerlukan bakat semulajadi. Manual ini ditulis untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan samada untuk sekadar cukup makan atau yang lebih besar!.

Dalam hal penulisan atau memasarkan buku-buku bacaan, persediaan disusuli dengan tindakan, adalah lebih penting dari sekadar inspirasi sahaja. Manusia cuma memerlukan 5% sahaja masa mereka untuk berfikir dan merancang, dan selebihnya 95% adalah untuk diambil tindakan. Jika anda mengambil keputusan untuk menulis sesuatu informasi yang berharga, berhenti dari terlalu berfikir dan bercakap.

Dalam manual ini anda akan mempelajari teknik, taktik, konsep, panduan dan kaedah yang boleh membawa kejayaan anda dalam penulisan atau penerbitan sendiri. Itulah yang anda perlukan kearah kesejahteraan hidup. Satu nasihat dari saya: Jika anda mempunyai keyakinan diri dan projek yang ingin anda jalankan, jangan toleh kiri atau kanan, LAKUKAN SAJA!.

Berikut adalah senarai topik yang diminati dan terus dicari oleh pembaca:

Manusia mahu mendapatkan:

Lebih Wang Ketenangan

Jaminan masa depan Keyakinan Diri

Lebih masa lapang Sukaria

Kesihatan lebih baik Ada kelas

Harga Diri Gambaran positif

Maju dalam perniagaan Penampilan diri

Manusia gemar:

Menonjolkan keperibadian Melancung

Lakukan tugas penting Buat sumbangan besar

Memajukan diri sendiri Buat kerja mudah

Bersukaria Buat hal sendiri

Menyempurnakan sesuatu Mulakan perniagaan sendiri

Hampir setiap orang berkeinginan untuk "menulis sebuah buku" dan hampir semuanya boleh lakukan!. Kebanyakan orang mempunyai kebolehan dan kemahuan, tetapi sebahagian sahaja dari mereka yang merealisasikan.

Untuk menulis satu laporan adalah mudah, dan untuk menulis panjang lebar untuk sebuah buku tidaklah sebegitu sukar. Jika anda boleh fikirkan dan ucapkan, maka anda boleh menuliskannya!. Mulakan dengan tajuk utama, kemudian pecah-pecahkan menjadi tajuk-tajuk kecil untuk memudahkan penulisan anda.

Manusia inginkan maklumat "Bagaimana…." dan mereka sanggup bayar untuk mengetahuinya. Anda mungkin terkejut mengetahui bahawa buku-buku panduan yang membawa tajuk "Bagaimana…." boleh dan sentiasa mendapat pasaran yang sangat baik. Sumber yang terbaik untuk mendapatkan informasi yang mereka cari ini, adalah daripada pengalaman anda sendiri, disamping rujukan dan penyelidikan. Tulislah apa jua yang anda lebih tahu atau paling anda gemari.

Kaedah Menulis

Inilah sebenarnya punca datangnya wang atau keuntungan dalam perniagaan pesanan pos (mail order). Ianya merupakan sesuatu yang semua orang boleh lakukan, dan jika disertai dengan tumpuan, pembelajaran, kajian dan usaha yang sungguh-sungguh, anda boleh menjadi seorang yang sangat berdikari dan kaya. Bahagian yang sukar dalam hal penulisan ini ialah mencari "rempah ratus"nya. Lapuran yang orangramai berminat untuk mengetahui selalunya ditulis dalam 2 atau 3 muka surat sahaja, yang boleh dijual dengan harga RM10.00 setiap satu. Ia memberikan panduan dan keterangan lanjut, tentang "Bagaimana menyelesaikan masaalah…", "Bagaimana Untuk… ", "Bagaimana Menghilangkan.…" "Kaedah Mengelakkan…." atau sebagainya.

Kita membicarakan tentang penulisan bahan informasi berdasarkan perkara-perkara asas. Seseorang lelaki, wanita atau kanak-kanak boleh menulis lapuran mengenai apa-apa sabjek (perkara) - dengan syarat mereka mempunyai pengetahuan tentang sesuatu sabjek tersebut, berdasarkan pengalaman sendiri dan penyelidikan, atau kedua-duanya sekali. Ramai wanita berjaya menulis lapuran mengenai "kaedah buat wang" berdasarkan sabjek yang berkisar dari segi penyelesaian masaalah rumahtangga. Dan ramai pula kaum lelaki telah berjaya menulis lapuran-lapuran yang boleh mendatangkan wang mengenai kaedah mencari kepuasan dari aktiviti-aktiviti masa lapang, seperti memancing ikan, menanam pokok, menghias rumah, kerja pertukangan atau lain-lain hobi. Senarai sabjek atau tajuk yang boleh ditulis adalah terlalu banyak, dan lapuran-lapuran mengenai kaedah buat wang yang lebih cepat dan mudah, tidak lagi terhad kepada penulis lelaki, berbanding dengan tajuk yang berkaitan dengan masakan, yang terhad kepada kaum wanita.

Walaupun kerja menulis lapuran adalah mudah, namun kadangkala ianya boleh mengambil masa yang agak lama, sehingga menyebabkan berpeluh dan meletihkan untuk menyiapkan sesuatu lapuran itu. Tetapi, itu bukan sebab untuk melemahkan semangat anda. Sentiasa ingat matalamat anda!.

Nasihat yang terbaik yang boleh saya beri untuk menulis sesuatu lapuran cara buat duit, ialah dengan mengandaikan diri anda sedang bercakap dengan seseorng, walaupun seolah-olah anda sedang bercakap telefon dengan jiran sebelah mengenai tajuk yang sedang anda tulis.

Gunakan cara menulis yang sama seperti yang anda lakukan semasa berada di tingkatan 4 atau 5 persekolahan dahulu.

Kandungan lapuran mestilah terus kepada tajuk cerita dengan fakta-fakta yang jelas dan berkaitan sahaja. Fikirkan kehendak pembaca dan gunakan bahasa yang kebanyakannya digemari oleh mereka.

Ini tidak berarti anda harus patuh kepada hanya bahasa persuratan sahaja. Ia bermaksud, untuk menulis lapuran "Bagaimana cara….", anda harus mengambil ingatan bahawa lapuran-lapuran yang anda tulis nanti, adalah merupakan bahan percakapan antara anda dan pembaca, yang mana bahasa yang anda tuturkan mestilah bersesuaian. Tuliskan dahulu ringkasan bahan-bahan yang hendak ditulis. Ini penting sekali.

Tapi percayalah, segala-galanya akan berjalan lancar, tanpa perlu banyak membuat pindaan atau menulis semula, dan akhirnya bahan tulisan anda menjadi lebih baik sekiranya menggunakan ringkasan bahan-bahan utama, sebelum anda mulai menulis.

Lapuran-lapuran yang boleh mendatangkan wang sebegini dinamakan: folio, buku, risalah, panduan atau kadang-kadang dipanggil Plan Kejayaan Diri. Sebenarnya, lapuran-lapuran ini merupakan panduan yang mampu memberi informasi kepada pembaca, mengenai perkara atau tajuk yang beliau ingin tahu.

Lapuran-lapuran informasi "Bagaimana untuk….", telah dan akan terus ditulis bagi memberi panduan dan informasi kepada pembaca, bagaimana untuk memulakan, untuk memajukan, untuk menikmati, untuk memulakan sesuatu perniagaan baru, membesarkan perniagaan yang ada sekarang, bagaimana buat lebih banyak wang, bagaimana menyimpan wang, bagaimana menyelesaikan masaalah peribadi, bagaimana menikmati kehidupan yang bahagia; dan sebagainya. Anda akan mendapati lapuran-lapuran sedemikian adalah sangat berharga dalam perniagaan anda dan dicari-cari oleh pembaca dalam menyelesai masaalah atau memenuhi kepuasan diri masing-masing.

Lapuran anda boleh terdiri dari dua muka surat atau lebih, ditaip dengan baik dengan tajuk yang menarik. Pembaca akan berminat kepada tajuk, sebelum membeli lapuran anda untuk membaca kandungannya.

Oleh itu, menentukan sesuatu tajuk tulisan juga memainkan faktor penting yang boleh memikat mata dan hati pembaca, untuk ingin mengetahui selanjutnya kandungan tajuk yang anda tulis.

Lebih banyak anda berfikir dan menulis tentang sesuatu tajuk, lebih mudah untuk anda memahami kehendak pembaca.

KA LAMAN SETERUSNYA....

 

KAEDAH PEMASARAN

Hebahkan Produk Anda

Penggunaan perkataan-perkataan yang menarik dalam iklan saya, pastinya antara faktor yang berjaya menarik minat anda untuk memesan buku panduan "Bagaimana Mendapatkan RM1,000 Seminggu Dalam Perniagaan Pesanan Pos" ini.. 100% kejayaan iklan seumpama ini adalah bergantung kepada kecekapan tangan dan muslihat minda seseorang pengiklan, untuk menarik wang daripada pembaca iklan.

Kunci Kata yang berada di luar kesedaran dan pengetahuan pembaca mungkin kelihatan mudah dan biasa sahaja. Tetapi ianya memang digunakan secara berlebih-lebihan oleh pengiklan membina kekayaan yang besar, hampir di dalam semua majalah dan akhbar-akhbar tempatan, dan kebanyakan diantara kita pula begitu mudah menjadi buta dengannya.

Ramai diantara pengiklan seperti ini yang telah menjadi jutawan di seluruh dunia. Elemen seperti ini telahpun diasah dan diubahsuaikan supaya menjadi kelihatan sangat "sempurna" dan bernilai tinggi. Perhatian pembaca dilalaikan dengan begitu berhati-hati, sehingga mereka tidak menyedari bahawa cerita tentang wang lebih banyak menarik minatnya, daripada berfikir logik tentang sesuatu perkara. Cara ini akan menghasilkan pendapatan yang lebih besar kepada pengiklan berbanding pendapatan yang boleh diperolehi oleh pembeli.

Kita memang maklum setiap orang yang mahu menjual barang atau sesuatu produk akan menggunakannya. IKLAN adalah kaedah atau perantaraan untuk menjual barang yang telah lama wujud dan memang kukuh, jadi ia sebenarnya bukanlah satu kaedah baru. Walau bagaimanapun sebagai pengiklan kepada program membina kekayaan yang dipromosikan melalui majalah atau akhbar, dan termasuk juga yang melalui mel terus (direct mail), perhatian secara sedar harus ditujukan melalui perantaraan jualan itu sendiri.

Keyakinan Terhadap Produk

Pembaca biasanya akan menunjukkan minat yang begitu baik terhadap produk, seperti buku panduan, plan atau apa sahaja yang dijual asalkan ia tentang wang, kemudahan atau sebagainya. Malah keinginan semulajadi yang terbit di hati pembaca biasanya berbentuk pertanyaan "adakah kandungan buku tersebut boleh membantu menghasilkan wang yang banyak melalui pengunaan teknik yang terkandung di dalamnya?".

Kebiasaannya memanglah agar sukar untuk memperolehi hasil yang tepat. Jika hasil yang diperolehi tidak banyak, ianya seperti tidak munasabah kerana berlainan dari apa yang diceritakan dalam iklan si penjual.

Di sebalek ketidakadilan dan logiknya iklan-iklan yang didakwa boleh menghasilkan apa sahaja kepada orang lain, pada masa yang sama mereka cuba mendapatkan lebih banyak wang untuk diri sendiri, samada menyedari atau tidak, pengiklan secara munasabahnya hanya mahu menuju matlamat utama mereka yang satu iaitu supaya seseorang membeli produk atau apa sahaja yang mereka iklankan.

Jika tiada orang yang membelinya, seperti yang telah sedia maklum mereka tak akan ke mana-mana, ini bermakna plan atau buku tersebut tidak bernilai kepada orang lain kecuali dirinya sendiri. Itulah sebabnya mereka menggunakan iklan untuk tujuan membuat jualan dan dengan cara apa sekalipun mereka akan cuba mempengaruhi pembaca. Tetapi ini memang cara terbaik yang patut dilakukan terutamanya yang berkaitan dengan program yang mempunyai maksud "bagaimana untuk memperolehi wang yang banyak".

Pada peringkat permulaan, kebanyakan program meningkatkan kewangan mendapat sambutan yang baik, dan kejayaan sederhana yang berlaku kepada majoriti pembeli program mempunyai sebabnya yang tersendiri mengapa ianya jadi begitu. Iaitu walaupun ditunjukkan kaedah yang telah terbukti berjaya atau menggunakan kebijaksanaan seperti yang diberitahu oleh pengiklan, secara saikologi dan kemampuan kewangan pembeli mungkin tidak memiliki kebolehan seperti yang dimiliki oleh pengiklan untuk menggunakan teknik atau kaedah yang dinyatakan.

Barangkali, sesuatu cara yang perlu untuk mencapai kejayaan yang disebutkan ialah dengan cara memiliki wang beribu ringgit atau cuba "mengalihkan gunung" bagi membolehkan teknik ini digunakan. Pengiklan biasanya mengetahui, mungkin cuma seorang daripada 10 orang yang menggunakan teknik tersebut boleh memperolehi kejayaan seperti dirinya ataupun sekurang-kurangnya hampir sama.

Di peringkat kedua pula, pengiklan mungkin telah sedia mengetahui bahawa mereka sendiri mungkin tidak berjaya memperolehi wang yang banyak, dengan menggunakan teknik promosinya sendiri. Itu bukanlah menjadi pokoknya. Apabila dirasakan melalui pandangannya sendiri, iaitu samada sebahagian besar pembeli benar-benar mencuba teknik tersebut atau tidak, kurang penting asalkan mereka tidak meminta wang mereka dipulangkan semula, maka mereka merasa bebas. Dalam masa yang sama pengiklan telah memperolehi pendapatan lumayan melalui iklan tersebut!. Ini mungkin kelihatan seperti satu komplot, tetapi ianya lebih mirip kepada seperti seorang "ahli silap mata yang pintar membuat helah".

IKLAN memang digunakan sebagai promosi bagi memenuhi kehendak jualan tetapi lazimnya "produk" hanyalah sebagai umpan sahaja. Keuntungan yang besar telah diperolehi secara berterusan oleh mereka yang mengetahui PERBEZAAN tentang produk yang mereka jual dan mendapatkan pelanggan atau pembelinya. Ini mempunyai persamaan dengan pepatah Melayu yang berbunyi "sambil menyelam minum air". Kesannya...kebanyakan dari kita telahpun menjadi mangsa samada sekali ataupun lebih.

Seperti yang berlaku kepada saya, iaitu dengan membeli program-program tersebut ia membuatkan saya seolah-olah dengan "sengaja mahu menjadi mangsa". Inilah yang seringkali berlaku bukan hanya kepada diri saya malah ramai lagi, mungkin termasuk anda, kerana inginkan kaedah sebenar untuk memperolehi wang yang banyak dan terpengaruh dengan iklan.

Jadilan Pengiklan

Akhirnya, apabila saya telah mempelajari, menyelidiki serta membuat kajian saya rasa matang keadaan sebenar. Pada waktu dulu, ramai orang yang berfikir seperti saya iaitu merasa yakin yang pengiklan telah mempunyai dan memperolehi wang yang banyak, tetapi memang itulah tujuannya. Mereka berjaya melakukannya!.

Dan hasil kajian saya maka perlulah saya mengambil kedudukan yang baru, dan anda juga perlu mengambil polisi yang betul, kerana seminit sahaja anda telah mengetahuinya maka jawapannya ialah ANDA perlu menjadi PENGIKLAN. Barulah anda boleh memperolehi wang yang banyak.

Ramai orang tidak menyedari aspek iklan itu sendiri sebagai satu prinsip untuk mendapatkan keuntungan. Lagi pula kunci kata "key element" yang digunakan untuk mendapatkan jumlah wang yang banyak tidak semestinya memerlukan sebuah buku atau produk yang menakjubkan. CUMA iklan yang dibuat selalunya mempunyai SENTUHAN AJAIB. Ini bagi membangkitkan minat anda dan beberapa ribu bakal pembeli!.

Dari situlah saya telah mula membuat kajian dan catitan bagi menghasilkan buku panduan yang saya namakan "Bagaimana Mendapatkan RM1,000 Seminggu Dalam Perniagaan Pesanan Pos Anda".

Tujuan saya menjual buku panduan ini adalah untuk memberitahu kepada anda supaya mengunakan teknik ini yang telah digunakan juga oleh lain-lain pengiklan yang begitu berjaya. Bagi anda dan mereka yang sanggup menggunakan teknik ini, ganjarannya ialah wang boleh terus mengalir masuk ke dalam hidup anda. Sekarang kita telah mengetahui rahsia sebenar industri pengiklanan dan kita perlu mencampakkan "pakaian kotor" itu keluar. Sekarang kita boleh menumpukan kepada kaedah di dalam buku ini untuk melakukannya. Jika di dalam fikiran anda ada satu matalamat atau keinginan untuk membuat jualan, apa yang patut dilakukan ialah menggunakan atau menyandarkannya kepada satu kaedah yang mudah. Saya telah dan akan terus menerangkan kepada anda tiga langkah sekaligus, yang mana apabila anda menggunakannya boleh memberikan sumber kewangan 100%.

Sebelum saya meneruskannya, jika ada sesiapa diantara anda yang berfikir apa yang ada di dalam buku panduan ini adalah satu penipuan, saya harap anda bawalah bertenang dulu!.

Samada saya atau anda yang akan menggunakan buku ini sebagai panduan, ianya bukanlah bermaksud untuk menipu sesiapa. Sebaliknya ini adalah benar kerana jika kaedah ini digunakan dengan teratur pada setiap kali, ianya akan memberikan wang kepada anda dan berfungsi 100%. Saya akan menunjukkan dan membincangkannya dengan lebih lanjut. Anda boleh melihat hasilnya nanti apabila menggunakan teknik ini. Bakal pembeli akan memperolehi faedah yang sama juga seperti anda. Dengan ungkapan lain, semua orang boleh menang atau beruntung!. Dengan menggunakan kaedah dalam buku panduan ini secara betul dan teratur, anda dan setiap orang yang mempelajarinya boleh memperolehi pendapatan yang tinggi. Ini kerana, selagi masih ada peminat pesanan pos (mail order) dan media masih wujud, anda tidak akan kekurangan pembeli.

Saya juga akan menerangkan secara terperinci berbagai aspek industri pengiklanan dan perniagaan pesanan pos (mail order) bagi mengurangkan perbelanjaan anda. Yang mana peruntukan anda mungkin kecil. Dan peruntukan untuk menggunakan kaedah dalam buku ini juga kecil jika dibandingkan dengan yang lain. Anda tentu tak mahu tinggal di dalam rumah yang serba kekurangan dengan perbelanjaan yang besar. Oleh sebab yang demikian saya mahu menggunakan waktu ini bagi menghapuskan "dongengan" di dalam perniagaan pesanan pos (mail order) yang mana telah menjadikan ramai orang bekerja dengan mengeposkan benda-benda yang tidak bermutu dan kurang memberi hasil. Dan tujuan utama saya ialah supaya anda memperolehi faedah daripada maklumat ini, jadi anda benar-benar boleh menggunakan dan memperolehi keuntungan seperti yang anda cari...DENGAN CEPAT!.

KA LAMAN SETERUSNYA....

PENGIKLANAN

Kaedah Pengiklanan Yang Baik

Saya akan menerangkan jenis iklan yang diperlukan untuk menghasilkan pendapatan yang tinggi seperti yang kita inginkan. Cara yang TERBAIK ialah, iklan mestilah dibuat dengan saiz satu muka surat penuh 8 1/2" x 12" atau lebih besar lagi dan disertakan juga borang pesanan. Tidak ada sebarang gantinya untuk menggunakan kaedah ini, walaupun kosnya mahal. Iklaneka dan Classified mempunyai ruang yang terhad, ia memang berbeza, kita akan melihatnya nanti, teruskan membaca.

Idea untuk menggunakan "copy writer" atau penulis iklan adalah satu penyelesaian yang terbaik kepada mereka yang berasa gementar sekalipun jika hanya menulis surat yang pendek setahun sekali...itupun jika benar-benar diperlukan.

Orang yang boleh berbicara selama setengah hari dalam kebanyakan perkara, fikiran mereka boleh membeku apabila mahu mencurahkan idea di atas kertas, ini sering kali berlaku. Ia mugnkin disebabkan ada kenangan pahit sewaktu di sekolah dahulu. Tetapi waktu persekolahan dahulu dan keadaan sekarang sudah berbeza. Sekarang sudah tak ada lagi guru yang berdiri di sebelah anda sambil memerhatikan anda yang sedang berpeluh!. Tak ada peperiksaan yang perlu dicemaskan ataupun terlalu banyak pelajaran perlu diingat. Anda hanya perlu menggunakan bahasa dan perkataan yang boleh menarik minat pembaca untuk membacanya...tak lebih tak kurang. Ini tak sama seperti menulis rencana semasa di sekolah dahulu. Anda tidak perlu merasa hairan.

Anda boleh pergi ke kedai buku dan beli beberapa keluaran majalah atau akhbar utama yang mengandungi iklan peluang perniagaan atau menambah pendapatan. Perhatikan cara iklan tersebut dibuat, baca perkataan yang digunakan. Pelajari idea mereka, cuba anda tulis iklan anda pula, tulis beberapa kali. Yang penting buat penapisan ayat, perkataan, panjang atau pendek yang utama supaya bunyinya sedap, tepat dan berkesan. Anda akan mempelajarinya sendiri secara berperingkat-peringkat dengan cara selalu melihat kepada iklan yang digunakan oleh syarikat yang sudah berkembang.

Tajuk

Iklan mestilah mempunyai TAJUK. Ini mungkin bahagian yang paling penting sekali di dalam semua sudut iklan. Kerana hanya iklan yang mempunyai tajuk yang begitu baik dan menarik sahajalah yang boleh membuat setiap mata yang membaca akan berhenti sebentar dan tertumpu kepadanya. Sudah tentulah, kalau boleh anda tak mahu pembaca TERLEPAS atau tak menghiraukan iklan anda. Apapun perkataan yang digunakan ianya mesti mempunyai DAYA TARIKAN yang kuat untuk menarik seramai mungkin mata pembaca, seterusnya membeli produk atau program yang ditawarkan. Setelah memperoleh TAJUK yang sesuai, barulah menerangkan isi iklan anda.

Sekarang kita perlu memperhatikan dua elemen yang kritikal, mari kita lihat maksudnya. Untuk membuat tajuk iklan, biarlah ianya sesuatu yang BARU dan ASLI. Bagaimana cara membuatnya: Anda harus menerokai fikiran (idea) anda terlebih dahulu kemudian buat catatan apa yang harus ditulis. Lepas itu cuba perhatikan iklan-iklan lain tentang cara menambah pendapatan. Buat perbandingan dan gunakan perkataan yang terbaik!.

Tajuk, biasanya pendek sahaja, tetapi cukup panjang untuk merebut hati pembaca. Gunakan KEY WORDS atau KUNCI KATA yang boleh membantu anda, contohnya seperti berikut:

"KAEDAH…", "BARU…", "BAGAIMANA UNTUK…", "TEKNIK TERBARU….", "AKHIRNYA…."

Sekiranya anda tidak suka dengan kunci kata seperti ini, jangan gunakannya. Mungkin lebih baik yang original (dari anda sendiri) daripada gaya yang terlalu formal ini.

Bagaimanapun, anda boleh menggunakan perkataan tertentu yang lebih mudah bila anda rasa yakin tentang idea yang mahu anda sampaikan itu. Jika anda mahu menerangkan kedudukan, anda boleh menggunakan perkataan "MENGAPA". Anda boleh berjanji, seperti, "saya menjanjikan itu" kemudian diikuti dengan kaedah yang mudah dan cepat. Kalau boleh jangan gunakan atau cuba elakkan perkataan "mengkagumkan" kerana ianya kelihatan keterlaluan atau berlebihan penggunannya. Anda masih boleh hidup tanpanya!.

Sekiranya anda mahu, boleh gunakan mana-mana bahagian di dalam buku ini sebagai penyelesaian untuk iklan dan membina kekayaan. Saya cadangkan kepada anda supaya menggunakan tajuk anda sendiri yang difikirkan lebih mengancam!. Masih banyak cara lain untuk memperolehi idea bagi digunakan sebagai TEMA yang sama dan cara seperti itu mungkin jauh lebih berjaya seperti yang saya gunakan.

Sekali-kali JANGAN anda merasa cemas dan cuba memaksa diri membuat iklan yang sangat sempurna!. Tajuk dan isi iklan yang terbaik ialah yang boleh menghasilkan jualan. Anda tidak akan mengetahuinya sehinggalah anda mencubanya. Itulah sebabnya anda tidak boleh mengandaikan iklan anda terlalu sempurna, kerana, jika gagal anda akan rasa keciwa. Sebaik-baiknya bersikap sederhana tetapi sentiasa mempelajarinya.

Kata-Kata Penangkap atau Pujuk

Sekarang untuk kata penangkap di dalam iklan ia boleh dibuat satu dua ayat atau lebih, bagi menyampaikan apa yang ada di dalam tajuk dengan lebih jauh lagi. Di sini anda boleh gunakan perkataan "MENGAPA…", "BAGAIMANA UNTUK…" atau sebarang kunci kata lain yang tidak digunakan sebagai tajuk iklan.

Pada peringkat ini jangan menerangkan apa-apa, ini kerana kita mahu mata pembaca meneruskan perhatian kepada iklan secara semulajadi, di mana kita, mahu menerangkannya dengan lebih lanjut selepas itu. Namun demikian KATA PUJUK ini hendaklah berupaya memikat keinginan hati pembaca untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengetahui jawapan seterusnya. Jadikannya seolah-olah satu misteri di dalam iklan anda!.

Kandungan Iklan

Perlukah anda membuatnya panjang atau pendek? Ia terpulang kepada anda, tetapi sebaik-baiknya sentiasa gunakan saiz satu muka penuh. Anda boleh gunakan 1500 patah perkataan dalam bentuk typesetting atau atur huruf.

Dengan 1500 patah perkataan anda boleh becerita tentang banyak perkara. Dengan penerangan yang panjang dalam saiz satu muka surat sahaja ianya kelihatan lebih menjimatkan untuk anda mengiklankannya walau di mana sekalipun.

Perenggan Pertama: Selepas tajuk dan kata pujuk, perkara yang lebih penting ialah anda tak mahu kehilangan pembaca. Di bahagian inilah anda mesti memberitahu apa yang boleh anda lakukan untuk mereka dan bagaimana caranya. Kekalkan tandatanya kepada pembaca. Apa sahaja kebolehan yang anda miliki untuk menulis, gunakannya di sini. Jangan tunjukkan cara yang terlalu pintar, kerana ini adalah satu perniagaan yang serius.

Tulis perenggan ini beberapa kali kemudian biarkan dahulu, kemudian ambil semula. Semak dan betulkan kesilapan dan sebagainya. Ini adalah ISI SEBENAR walaupun anda tidak dapat melihatnya sewaktu menuliskannya. Mungkin di sinilah anda harus menuliskan segala pengalaman anda serta keinginan untuk membina kekayaan, jangan lupa juga pengalaman mengeciwakan yang pernah dialami harus juga diperjelaskan di perenggan ini.

Perenggan Kedua dan Ketiga: Sebelum anda menerangkan kepada pembaca apakah sebenarnya produk anda, (mungkin buku ini sendiri) anda mesti memberitahu pembaca seolah-olah ia bukan yang ini. Ia hanya diterangkan dengan cara lebih mudah, sebagaimana anda didedahkan kepada buku panduan saya ini. Anda juga boleh senaraikan beberapa jenis benda, program, sistem, panduan dan sebagainya. Ketika itu juga pembaca bersifat lebih ingin mengetahuinya terutama selepas diterangkan yang pelan itu adalah mudah dan tidak mahal.

Perenggan Keempat: Di dalam perenggan ini dan seterusnya bolehlah anda memberitahu cerita anda sendiri. Bagaimana anda telah menemui JAWAPAN untuk memperolehi banyak wang dan bagaimana penemuan ini juga boleh dialami oleh pembaca. Namakan kawan atau orang yang anda kenali yang telah mencuba dan berjaya menggunakan sistem tersebut. Ini akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pembaca. Kisah penemuan sistem anda boleh diceritakan dengan panjang atau pendek, tetapi anda tak perlulah menceritakan semua kisah hidup anda. Kemudian sertakan juga pujukan supaya pembaca membeli atau menyertai program, nyatakan bahawa program tersebut akan memberi hasil kepada pembaca.

Anda perlu mengingatkan bahawa program itu adalah untuk diri mereka bukan untuk diri anda. Anda sudah berjaya, oleh itu pembaca harus ditimbulkan minat dan rasa cemburu di atas kejayaan yang anda perolehi. Sudah tentu mereka mahu mencapainya seperti anda dengan syarat anda membuatnya mudah dan boleh menarik minat mereka.

Untuk mengakhiri iklan anda nyatakan bahawa tawarannya adalah terhad, selepas itu tibalah masanya pula untuk bercakap tentang wang. Di waktu inilah masanya untuk memberitahu berapa harganya yang patut mereka bayar. Dan nyatakan atau terangkan bahawa mereka akan memperolehi wang yang lebih banyak lagi dengan menggunakan program atau sistem anda. Mereka juga harus merasa terkejut selepas mengetahui yang ianya tidak mahal - begitulah caranya!. Mereka tidak menyedari harga yang dicajkan (dikenakan) di dalam iklan membina kekayaan yang terdapat di akhbar nasional atau utama adalah kompetitif iaitu diantara RM20 hingga RM50. Tetapi harga RM50 adalah terlalu mahal sementara harga diantara RM25 hingga RM40 adalah biasa.

Cuba tegaskan lebih daripada sekali yang harganya adalah munasabah, begitulah caranya untuk membuat iklan. Akhirnya kita akan dapat membuat jualan yang sebenar. Di sini juga pembaca harus diberitahu keuntungan yang mereka boleh perolehi hanya melalui pelaburan modal yang kecil!. Nyatakan juga bahawa mereka seolah-olah tidak membuat apa-apa kerana semua telah anda sediakan, sebaliknya mereka memperolehi keuntungan.

Jaminan

Pengiklan yang masih belum begitu faham harus berhenti sebentar dan memikirkan bahawa jika mereka tidak memberi atau menambah jaminan, mereka akan kehilangan peluang untuk menjual. Perkataan DIKEMBALIKAN yang menakutkan itu mesti TERTERA dan jika mereka jujur, mesti menyediakan kemudahan seperti ini.

Sekiranya anda mahu menggunakan maklumat yang terkandungan dalam buku ini, kemudian membuat iklan dengan menggunakan nama anda sendiri atau menggunakannya untuk program anda sendiri, anda pasti boleh bernafas dengan lebih lega.

Sesiapa sahaja yang membaca kandungan buku panduan ini akan mudah memahaminya, kerana teknik ini bukan sahaja telah terbukti, malah mereka akan turut memperolehi keuntungannya. Tetapi perubahan SINGKAT sudah tentulah tidak boleh berlaku. Dan sekiranya ada permintaan supaya WANG mereka dikembalikan oleh orang yang menggunakan maklumat ini, jumlahnya mungkin terlalu sedikit, terlalu kecil bilangannya serta seolah-olah tidak wujud!.

Terima Pesanan

Sekarang anda telah bersedia untuk menerima pesanan, dan anda telahpun menunjukkan jaminan menggunakan program untuk jangkamasa 30 hari atau lebih. Maka, inilah masa yang paling baik atau cara terbaik untuk mendapatkan jualan yang lebih meyakinkan!. Membuat iklan samalah fungsinya seperti BERTANYA dalam bidang jualan, jika anda tidak bertanya, anda tak akan memperoleh jualan.

Bertanya tidaklah bermakna seperti "meminta-minta" umpamanya dengan berkata "Tolong beli...". Bertanya seperti ini kurang sesuai. Cara yang sesuai ialah dengan berkata "Jadi mengapa tidak ambil tawaran ini...." ataupun "Biar saya buktikan kepada anda yang ....". Jangan membuat rayuan "demand" kecuali dengan cara yang sopan, contohnya seperti ini, "Beli sekarang, anda akan melihat hasilnya nanti...". Anda boleh memandu dan memimpin pembaca supaya bertindak, seperti dengan mengatakan "Jangan menunggu di lain masa....".

Anda juga boleh menggunakan TEKNIK beri dan ambil semula, umpamanya: "Tawaran Terhad", "Sekarang harganya murah", "Esok akan dinaikkan", "Hari ini masih ada stok", "esok mungkin kehabisan" dan lain-lain. Anda juga boleh menawarkan kepada pembaca samada untuk terus menjadi miskin atau mahu menjadi kaya. Cuba bawa diri mereka ke dalam gambaran apabila mempunyai wang yang banyak, bagaimana rasanya...terangkan keindahannya dan lain-lain.

Borang Pesanan

Idea yang tak patut diketepikan untuk mendapatkan jualan yang baik ialah dengan menyediakan BORANG PESANAN supaya mudah bagi mereka membuat pesanan. Beri pembaca membuat pilihan dan keputusan setelah anda mempersembahkan penekanan tentang kebaikan program anda. Ini semua maklumat untuk mempercepatkan jualan. Tawarkan penghantaran pada hari yang sama ataupun dihantar SEKARANG. Sebaliknya, jika tidak, mereka tentu akan merasa bimbang pesanan mereka akan lambat sampai. Ingat apabila mereka berfikir begitu mereka akan melupakan tawaran anda sebaliknya akan menerima tawaran lain yang lebih baik lagi!.

NOTA: Tawaran terhad boleh digunakan jika memang ianya diperlukan, kerana jika tidak ia hanya akan membuang masa sahaja. Umpamanya apa yang anda tawarkan sekarang mungkin tidak akan diperolehi di waktu yang lain. Anda juga boleh mengubah atau membuat iklan yang baru atau memberi tawaran lain, seperti menggunakan teknik yang telah diterangkan. Contohnya: "Anda patut mendapatkan sekarang, bukan esok….", ataupun "Harganya mungkin akan meningkat…". Dalam masa yang sama cuba tekankan jika pembaca tidak membeli sekarang mereka akan hilang peluang seumur hidup. Anda boleh mengingatkan kepada pembaca sekali atau lebih di dalam iklan anda, gunakan pendekatan secara halus.

Kebanyakan teknik ini telah digunakan setiap hari di dalam iklan membina kekayaan, mereka terus membina dan memperolehi keuntungan. Sekarang anda telah menjadi semakin arif berbanding sebelum ini. Apabila teknik ini digunakan secara bijak, ia tidak kelihatan asing. Pembaca secara keseluruhannya akan mendapat mesej yang ingin anda sampaikan....dan mereka mempunyai keinginan untuk mendapatkan wang yang banyak ataupun menjadi kaya!. KEINGINAN mereka akan terbit setelah mendapat gambaran yang cantik tentang program anda. Hasilnya anda akan memperolehi dan memenangi jualan. Cara seperti ini tidak difahami oleh mereka yang kurang arif, di dalam pengiklanan, lebih-lebih lagi untuk perniagaan mail order. Apa yang diterangkan di sini adalah sesuatu yang unik dan tidak ketinggalan zaman.

Sekarang anda sudah mengetahui...bagaimana untuk menggunakan idea dan teknik secara betul, anda cubalah. Lakukannya berkali-kali sehingga anda merasa WOW!!!, mereka dengan tidak ragu-ragu akan membeli program yang telah digambarkan itu.

Selepas anda membuat iklan satu atau dua kali, eloklah anda melihat beberapa iklan yang muncul atau dipaparkan di dalam majalah atau akhbar tempatan. Contohnya di dalam penerbitan berbentuk keusahawanan dan peluang menambah pendapatan. Mata anda tentu akan terbuka luas - tidak diragui lagi!. Dan anda boleh membuat penyelarasan dengan lebih baik lagi tanpa perlu merasa keliru. Sekarang anda bolehlah mula mengira pendapatan anda yang baru, kerana semua yang telah diberitahukan kepada anda di dalam buku panduan ini, telah membantu meningkat atau menyelak TABIR RAHSIA yang mampu memberi kegembiraan, kekayaan kepada anda seumur hidup!.

PENTING!. Renungkan penampilan iklan seperti itu dan juga iklan untuk buku panduan ini, yang mana telah menyebabkan anda memberi respon dan membelinya. Cubalah membuat sedikit ulasan dan jika perlu buat pindaan serta tampilkan sesuatu imej yang lebih baik untuk menambahkan daya tarikan iklan anda. Tetapi anda tak perlulah memasukkan gambar anda. Tumpuan hendaklah diberikan lebih bagi tujuan perniagaan dan ini bermakna tiada had atau sempadan untuk membuat "artwork" atau pengubahsuaian di dalam sebarang bentuk.

Yang penting sekali, titik beratkan kepada TAJUK yang boleh membuka mata dan menarik perhatian, cara pujukan yang kuat dan halus, persembahan yang menarik, gabungkannya dengan kaedah "menyelesaikan masaalah kewangan" yang mengkagumkan, diikuti dengan harga yang munasabah dan mampu dibayar dan jaminan wang dikembalikan dengan cara yang lebih menarik, di mana pembeli akan berasa lebih selamat. Dengan semua teknik dan perkara yang disebutkan ini, siapakah yang akan memberitahu anda yang iklan anda tidak sempurna dan bukan satu kaedah yang baik?

Apabila anda sudah siap menulis iklan, hantarkan kepada typesetter untuk dibuat atur huruf ataupun "typesetting" supaya ia kelihatan lebih kemas dan profesional. Perkhidmatan typeset boleh didapati di kedai cetak atau individu yang menjalankan perniagaan khas typesetting. Jika anda mempunyai komputer sendiri anda boleh membuat typeset sendiri dengan menggunakan perisian "page maker", microsoft publisher, Claris Works, Quarkpress dan lain-lain.

Baca Berulang Kali

Baca semula iklan anda berulangkali atau sekurang-kurangnya dua kali bagi mengesan kesilapan. Anda mesti membuat salinan yang baik dan ibaratkan suatu benda yang boleh mengeluarkan CAHAYA apabila anda melihatnya setiap kali iklan anda itu disiarkan di dalam akhbar. Orang lain akan melihatnya sebagai sesuatu yang boleh memberikan harapan, kebahagiaan dan akan cuba membelinya daripada anda. Pastikan juga anda telah menyemak ejaannya dan ayatnya untuk mempastikan ianya betul. Jika anda masih ragu-ragu, mintalah pencetak anda menyemaknya. Kebanyakan daripada mereka suka melakukannya untuk anda sebelum mencetaknya.

Huruf jenis Helvetica dengan saiz "8 point" akan membolehkan anda menulis hampir 1500 perkataan di atas satu muka surat. Saiz "20 point" bold pula untuk digunakan menulis tajuk, saiz "14 point" untuk digunakan di bawah tajuk atau sebagai kata penangkap. Simpan salinan asal atau "master copy" dalam keadaan yang sempurna dan gunakannya untuk membuat camera ready copy. Jangan dilipat kerana anda perlu menghantarnya kepada pihak pencetak untuk diterbitkan di dalam majalah atau akhbar mereka.

Alternatif Lain

Agenda kita seterusnya ialah mengenai media. Jika anda merasa risau dan bingung mengenai bayaran yang terpaksa anda keluarkan untuk semua itu, nasihat saya ialah supaya anda bersabar dan bawa bertenang dahulu!. Ketika penerbitan besar mengenakan bayaran yang begitu tinggi untuk membuat iklan satu muka penuh (yang mana anda tak perlu terperanjat) kita akan cuba mencari alternatif lain pula.