MEMULAKAN PERNIAGAAN
Saya cadangkan anda memilih produk informasi seperti buku panduan, artikel, manual atau laporan, untuk perniagaan pesanan pos anda. Anda boleh mulakannya di mana-mana sahaja, umpamanya satu sudut atau ruang yang boleh memuatkan sebuah meja dan kerusi di rumah atau kediaman anda. Jika boleh pilihlah tempat yang sesuai dan tertutup, seperti bilik yang boleh dikunci apabila anda keluar rumah. Apabila perniagaan bertambah maju, barulah boleh difikirkan untuk mencari satu ruang pejabat yang sesuai.
Alamat Surat Menyurat
Alamat perniagaan yang anda daftar itu mestilah alamat rumah atau pejabat. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan urusan penerimaan surat-menyurat berhubung perniagaan ini, anda memerlukan satu peti surat. Pergilah ke mana-mana pejabat pos di daerah anda, untuk mengemukakan permohonan penyewaan satu peti surat. Di Kuala Lumpur, pejabat pos Besar menyediakan banyak peti surat untuk tujuan peribadi atau perniagaan. Bayaran yuran peti surat tidak mahal, iaitu RM50.00 setahun!.
Bawalah siji pendaftaran perniagaan bersama anda ke Pejabat Pos Daerah dan berjumpalah dengan pegawai yang mengendalikan hal-hal peti surat. Anda dikehendakki mengisi borang khas untuk memohon peti surat tesebut. Pada masa yang sama, anda akan diberitahu samada ada kekosongan peti surat untuk disewa. Jika nasib anda baik, anda akan diperuntukkan satu peti surat, nombor peti surat dan anak kuncinya sekali. Gunakanlah alamat peti surat ini untuk urusan perniagaan pesanan pos ini, kerana segala surat menyurat yang dikirim oleh pelanggan-pelanggan anda, melalui alamat peti surat, akan lebih cepat tiba dan lebih selamat.
Peralatan Yang Diperlukan
Meja, Kerusi, Kabinet Fail, Sampul surat, kepala surat, mesin taip atau komputer, tali, klip, pembuka envelop, gam, getah pemadam, bakul sampah, lampu, setem, akaun bank, sistem simpan kira-kira, telefon dan lain-lain yang anda fikir perlu.
Anda boleh tambah peralatan yang diperlukan dari masa ke semasa. Untuk jimat kos, tak perlu beli meja atau kerusi baru. Gunakan peralatan asas yang telah sedia ada di rumah, seperti meja atau kerusi.
Mesin taip atau komputer berserta printer, adalah sangat penting untuk menjalankan pernaigaan ini. Hari ini, hampir setiap rumah di Malaysia ini, memiliki komputer. Sebagai permulaan, sekurang-kurangnya sebuah mesin taip adalah memadai. Jika kewangan anda tidak mengizinkan, memadai dengan membeli mesin taip atau komputer second-hand, yang masih boleh digunakan dan dapat dibeli dengan murah. Hari ini saya boleh dapat sebuah komputer lama termasuk monitor dan printer dengan harga kira-kira RM500 sahaja!. Anda kenalah rajin ke kedai komputer atau bertanyakan rakan-rakan mengenai hal ini.
Pastikan lampu disekitar meja tempat anda bekerja itu terang. Jangan lupa beli sebuah buku kosong untuk tujuan merekodkan hasil perniagaan. Sistem rekod ini adalah penting. Ia boleh menjadi petunjuk dri masa ke semasa, kemajuan perniagaan anda.
Bukalah satu akaun bank untuk urusan keluar atau masuk wang, berkaitan perniagaan anda. Lebih baik jika anda boleh membuka akaun semasa, yang membolehkan anda membuat urusan pembayaran menggunakan cek.
Kebanyakan pelanggan lebih suka membuat pertanyaan melalui telefon, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk, sebelum membuat pesanan. Oleh itu, satu talian telefon adalah perlu.
Jika anda tidak bersedia untuk menjawab telefon dari pelanggan-pelanggan anda, gunakan sahaja alamat peti surat anda itu untuk menerima pertanyaan atau pesanan melalui pos. Pastikan anda membalas pertanyaan mereka dengan segera!. Kepuasan pelanggan mestilah diberi keutamaan.
Kepala Surat (Letterhead)
Dalam perniagaan pesanan pos, 90% hubungan antara anda dan pelanggan dilakukan melalui surat menyurat. Kepala surat yang menarik dan dicetak khas, akan lebih menarik dan meyakinkan pelanggan. Jika anda juga dapat mengadakan kepala surat (letterhead) sebegini, pastinya lebih baik.
Siapa Yang Layak?
Hampir semua orang layak menjalankan perniagaan pesanan pos (mail order), asalkan boleh berfikir seperti orang lain, mempunyai idea sendiri dan mempunyai impian yang kuat untuk mencapai kejayaan.
Ahli Perniagaan – lelaki atau wanita yang tergolong dalam kategori ini tidak mempunyai apa-apa masaalah untuk menjalankan perniagaan ini.
Jurujual – lelaki dan wanita yang aktif dalam bidang jualan mempunyai potensi yang baik. Pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang jualan akan membantu mempercepatkan kejayaan dalam perniagaan ini.
Suri Rumah – perniagaan ini sangat sesuai dilakukan secara sambilan oleh suri rumah, terutama mereka yang mempunyai masa lapang yang membosankan. Kalau dulunya, perniagaan ini hanya dijalan oleh kaum lelaki, tetapi sejak kebelakangan ini, begitu ramai kaum wanita dan suri rumah khasnya, yang melibatkan diri dalam perniagaan ini, samada secara sambilan atau sepenuh masa!.
Pesara – dengan melibatkan diri dalam perniagaan ini, bukan sahaja dapat memenuhkan masa lapang selepas persaraan mereka, tetapi juga dapat memberi keseronokan. Ramai golongan pesara ini yang sedang bergiat aktif dalam perniagaan pesanan pos. Ramai yang berjaya dan jangan terkejut kerana ramai yang jangka hayatnya lebih panjang. Menurut mereka, faktor utama ialah aktiviti perniagaan yang menyeronokkan dan membuatkan hidup mereka lebih ceria sepanjang hari.
Utamakan Kepuasan Pelanggan
Anda akan memperoleh pendapatan yang lebih banyak, dalam jangka masa panjang, tidur yang lena, jika berjaya memberikan pelanggan anda produk-produk informasi yang boleh memberikan kepuasan kepada mereka setelah membacanya, seolah-olah nilainya adalah lebih dari harga yang mereka bayar. Kejujuran adalah kunci kepada kejayaan sepanjang masa.
Tidak dinafikan, terdapat perniagaan pesanan pos yang menawarkan produk informasi yang gagal memberi manfaat atau keuntungan kepada pelanggan. Mereka ini lebih mementingkan keuntungan jangka pendek. Akibatnya pelanggan mungkin tidak akan membuat pembelian lagi dari mereka.
Undang-undang
Banyak peraturan dalam undang-undang negara, berkaitan dengan perniagaan pesanan pos. Berikut adalah beberapa perkara penting yang mesti dipatuhi, apabila menjalankan perniagaan pesanan pos:
1. Setiap produk yang dipesan melalui pos hendaklah dikirim dalam masa 30 hari dari diterima pesanan/pembayaran;
2. Produk yang dikirim kepada pelanggan mestilah sama dengan apa yang anda catitkan dalam iklan atau risalah pos anda;
3. Melainkan jika anda menyatakan "tiada jaminan wang dikembalikan" anda mestilah membayar balik wang pelanggan, jika mereka memulangkan produk anda dalam keadaan baik, dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan.
Produk Yang Sesuai
Perniagaan pesanan pos (mail order) hari ini, disebut sebagai perniagaan jutawan atau "multi-millionaire". Walaupun harga setem, kos penghantaran pos atau kos-kos pengendalian yang lain semakin naik, tetapi tidak memberi banyak kesan kepada perniagaan ini. Ia terus berkembang pesat!.
Hampir apa jua produk boleh dijual melalui pos. Satu ketika dulu, saya pernah menjual barangan seperti cincin, assesori wanita, barangan hadiah, jangan tangan dan dinding, dan lain-lain, yang diperolehi dari pembekal borong. Setelah ditolak kos-kos pembungkusan dan penghantaran dan lain-lain, saya memperolehi keuntungan yang sederhana dari penat lelah saya itu.
Saya tidak berpuashati dengan keuntungan jualan yang diperolehi dan terpaksa memikirkan masaalah yang timbul jika barangan atau produk yang dikirim keapda pelanggan itu rosak, pecah dan sebagainya.
Setelah sekian lama saya berfikir dan membuat kajian, saya akhirnya menemui satu jenis produk yang cukup sesuai untuk perniagaan pesanaan pos (mail order) ini….. iaitu produk INFORMASI!.
Rahsia Menjana Pendapatan melalui Prepaid | Rahsia Menjana Pendapatan melalui Handphone
|