Rahsia Mail Order @ Rahsia Pesanan Pos

 

 

MASIH TERSEMBUNYI

Sesungguhnya buku panduan ini mempunyai banyak kelainan, berbanding lain-lain yang ada di pasaran, dan sesiapa yang benar-benar menggunakan sistem yang seumpama ini mereka pasti akan memperolehi jawapan kepada apa yang mereka cari-cari selama ini. Tanpa membuang masa lagi, baca dengan teliti segala rahsia yang terkandung dalam buku ini.

Banyak program-program berbentuk skim dan surat berantai diiklankan di dalam berpuluh buah akhbar harian dan mingguan atau melalui edaran terus melalui pos (direct mail). Tetapi yang nyata dan menghairankan mengapa tawaran seperti itu tidak didapati di dalam Majalah untuk Usahawan, Dataniaga, Business Times dan lain-lain yang seumpamanya. Terdapat dua sebab utama mengenainya: Pertama - kos pengiklanannya yang mahal; kedua - kerana penerbit dan editor tidak membenarkan iklan seumpama itu.

Sekiranya peti surat anda dipenuhi dengan program-program atau sesuatu aktiviti yang berkenaan dengan wang atau perniagaan yang boleh berkembang pesat tanpa melakukan apa-apa kerja, bermakna ekonomi negara berada di tahap yang terlalu optimum. Dan dengan keadaan seperti ini bermakna ramai orang boleh memiliki rumah secara tunai. Dan mungkin tahap kehidupan begitu tinggi. Jika benar begitu apa yang kita cari lagi?.

Rahsia yang begitu besar untuk membina kekayaan sudah diketahui ramai. Mungkin kita sudah biasa dengan program dan iklan-iklan yang menyuruh kita supaya menyertainya tanpa berselindung. Persaingan menjadi semakin besar dan hebat dan para penjual juga semakin bijak menggunakan helah ataupun muslihat. Dan jika kita tidak berjaga-jaga waktu sekaranglah mereka akan dapat mempengaruhi kita.

Kita mungkin cuba memiliki sepuluh "benda" daripada beratus-ratus pilihan. Kenyataan seperti ini menjelaskan yang kita selalu sahaja mahu memiliki lebih banyak barang terutama produk yang menarik perhatian. Samada benar atau tidak keinginan sebegini memang selalu bermain dalam pemikiran kita, iaitu kita memerlukan produk-produk baru. Ini berlaku kerana kita adalah masyarakat pengguna yang boleh dikatakan kebanyakannya kurang berhemat, atau menjadi masyarakat kebendaan.

Kesimpulannya, bagi program-program menambah pendapatan, produk akan menjadi tumpuan yang utama. Apa yang tidak disedari oleh orang ramai, mereka mempunyai sikap yang sama, sering mendapati kecacatan atau kekurangan terhadap sesuatu benda atau produk. Ini memang satu kenyataan, jika tidak mengapa mereka mudah ditawan dengan iklan barangan yang "baru dan menarik", yang mana kita tak dapat mengatakan yang ianya tidak bagus!.

Walau bagaimanapun Pengeluar barangan dan penjual dapat membina hubungan yang baik kerana beberapa faktor, pertama kerana memperolehi pendapatan dan yang kedua memperolehi keuntungan.

Manusia Luar Biasa

Orang yang mempunyai pandangan dan pemikiran yang tajam dan berpandangan jauh memang luar biasa. Mereka dapat melihat kecacatan sebagai satu peluang, dan mereka menjadi salah seorang yang dapat menangkap peluang tersebut menggunakan jaring yang luas. Mereka adalah orang-orang yang selalu mempromosikan produk dengan menggunakan saiz suku, setengah dan ada yang membeli satu muka surat penuh di dalam majalah dan akhbar, dalam pengiklanan mereka.

Saya juga berbuat begitu!. Saya telah mempelajari dan memahami melalui pengalaman dan kekeciwaan orang lain. Ia menjadi satu pengalaman...kemudian boleh menumpukan perhatian untuk mencipta dan memajukan konsep atau kaedah membina kekayaan sendiri, dan mencubanya samada berhasil atau tidak. Mereka menerangkannya di dalam buku yang mereka tulis, kemudian ditambah dengan maklumat kaedah.

Anda boleh mendapatkan wang lebih banyak dengan MENJUAL SENARAI NAMA kepada syarikat mailing list, jika anda mempunyai sistem untuk membina kewangan anda sendiri. Wang boleh diperolehi dengan cara ini, iaitu apabila ada orang menyewa SENARAI NAMA anda dan mengirimkan program-program mereka, anda kirimkan pula kepada mereka, program anda yang lebih canggih itu.

Jika benarlah program anda itu satu program yang beretika dan mempunyai jaminan, pasti anda akan dapat membina kekayaan!.

Seperti yang telah dinyatakan dan diingatkan sebelum ini, seluruh pelan telah dianalisis dengan berhati-hati. Ianya satu cara yang memang sudah terbukti untuk menjalankan perniagaan dan juga merupakan satu kedah mencari wang yang sungguh hebat. Tidak semestinya hanya untuk anda, tetapi untuk orang lain juga.

Pengiklan begitu bijak dan telah menggunakan usaha secara saikologi, kerana mereka menyedari bahawa dengan menggunakan pendekatan tersebut ianya boleh berubah menjadi satu produk, secara langsung. Ia juga akan sentiasa berusaha untuk mencari kaedah jualan yang baru dan yang mengkagumkan!. Jika perlu, walaupun kadangkala dengan menggunakan idea yang berlebih-lebihan!. Dan purata mereka yang gagal memang tinggi kerana di dalam mencari kelainan dan kebebasan, seringkali pula mereka tidak menyedari perangkap yang mereka pijak.

Dan yang jelasnya kegagalan yang dialami oleh ramai orang adalah disebabkan mereka tidak MERINTIS atau MENCIPTA kaedah mereka sendiri di dalam perniagaan pesanan pos (mail order). Sekiranya seseorang tidak boleh mengawal atau mengetahui apa yang berlaku di dalam program perniagaan mereka, disebabkan oleh pengiklan yang tidak beretika, dia tidak akan mendapat hasil seperti yang diharapkan.

Buku ini mendedahkan segala-galanya yang anda ingin tahu mengenai perniagaan pesanan pos. Ini adalah satu-satunya elemen penting dan telah dibuktikan dengan jelas sebagai cara yang betul untuk membina kekayaan. Dan kaedah yang dimaksudkan ini telah digunakan oleh semua jutawan "multi-millionaire" di dalam perniagaan pesanan pos (mail order) dan bidang pengiklanan. Elemen yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

1.   Jadilah orang luarbiasa. Mulakan program perniagaan anda sendiri;

2.   Mempunyai pengetahuan dan pengawalan tentang aktiviti anda;

3.   Cipta dan wujudkan iklan anda sendiri;

4.   Jangan mengalah dan berputus asa;

5.   Jadilah seorang yang kreatif;

6.   Konsisten, kaji kesilapan, kaji kelemahan, sentiasa memperbaiki;

7.   Sentiasa belajar, mempunyai matlamat dan jujur.

 

Rahsia Menjana Pendapatan melalui Prepaid | Rahsia Menjana Pendapatan melalui Handphone