Rahsia Mail Order @ Rahsia Pesanan Pos

 

FIKIR POSITIF

Bagaimana anda mahu mencapai kejayaan sekiranya anda merasakan satu perkara dan tugas itu mustahil?. Anda mestilah sentiasa berfikiran positif dan yakin akan dua fakta berikut:

Pertama: fahami matlamat anda, percepatkan proses untuk anda menjadi ketua sendiri, pemimpin kepada orang lain.

Kedua: cari kaedah yang terbaik dan berkesan untuk iklan anda.

Dua fakta di atas sudah cukup kuat untuk anda terapkan dalam tindakan anda, untuk memperolehi kejayaan dan pendapatan yang tinggi dalam perniagaan pesanan pos.

Biarpun ada halangan yang besar, cubalah sedaya upaya merintis dan mencipta produk anda sendiri. Jika anda berusaha dan disertai dengan minat yang mendalam dalam perniagaan ini, anda pasti boleh. Melalui program atau produk yang anda cipta sendiri dan menggunakan kaedah pengiklanan yang saya berikan, sudah pasti anda akan mempunyai wang seperti yang dikehendaki. Bukankah anda sebenarnya sudah menjadi boss kepada diri sendiri?.

Tak Perlu Pening Kepala

Dengan wang yang sentiasa ada di tangan, anda tak perlu pening kepala memikirkan idea baru, saya membenarkan anda menggunakan bahan-bahan yang yang anda baca di dalam buku panduan ini, walaupun ianya adalah "hak cipta" saya. Gunakanlah "tajuk" anda sendiri, yang anda fikir boleh menarik perhatian pembaca. Anda boleh mengiklankannya dan anggapnya MILIK ANDA sendiri. Saya lebih suka anda mencuba sesuatu yang anda mungkin meragui hasilnya, sedangkan ramai orang telah berjaya setelah melakukannya.

Gunakan buku panduan ini sebagai PENYELESAIAN untuk anda membina kewangan yang kukuh. Menggunakan cara ini akan sentiasa memberi hasil. Saya tidak akan berkecil hati sekiranya anda tak mahu menggunakannya. Saya tidak akan MENDAKWA anda. Anda cuma perlu membayar harga yang sedikit untuk membayar hasil kerja saya dan anda akan memperolehi nilai yang lebih besar. Walau bagaimanapun saya gembira melakukannya untuk membantu anda semua!.

Cuma satu pesanan saya!. Sekalipun anda akan menggunakan buku panduan ini secara keseluruhannya atau cuma sebahagian sahaja, anda hanya akan benar-benar berjaya jika anda membuat dan menggunakan program anda sendiri. Ini untuk menjelaskan secara mudah iaitu sukar mengaitkan untuk menjadi BOSS dengan BERJAYA sehinggalah anda boleh menggunakan KREATIVITI dan meletakkan serta menggunakan sebahagian hasil kerja anda SENDIRI, bersama-sama. Sekarang anda hanya perlu menumpukan kepada satu perkara sahaja, iaitu membuat dan mengeluarkan iklan anda sendiri yang HEBAT!.

Cara menulis iklan yang boleh menghasilkan wang adalah mudah. Saya akan menerangkannya secara detail bagaimana untuk membuat iklan yang HANYA digunakan oleh usahawan dan jutawan mail order untuk membina kekayaan.

Saya yakin anda akan mampu menulis iklan yang akan memberikan nilai harga diri yang hebat, kerana bukan cuma seribu, malah berjuta orang yang akan membaca setiap perkataan yang anda tuliskan. Anda akan memperolehi pengalaman yang amat mengembirakan kerana anda juga akan memperolehi bayaran disebabkan orang membaca iklan anda!.

Kandungan buku ini juga merupakan iklan. Walau bagaimanapun, ianya sudah diteliti bagi mengelakkan daripada GAGAL menghasilkan wang. Jika tidak, semua usaha anda akan menjadi sia-sia. Saya berharap iklan di dalam buku ini sendiri LEBIH PENTING daripada produk yang mahu dijual. Ini adalah kerana mengetahui CARA UNTUK MENJUAL adalah lebih penting daripada untuk mendapatkan jualan. Sekarang anda harus memahami mengapa anda menerima kekeciwaan di dalam program yang anda beli di masa yang lalu.

Cuba anda lihat di dalam kebanyakan iklan yang dibuat di akhbar contohnya. Mereka membuat satu muka penuh iklan mengenai program menambah pendapatan, seminar dan sebagainya. Barangan yang dijual barangkali tidak lebih daripada hanya untuk mengimbangi dan mempertahankan iklan itu sendiri. Boleh dikatakan hanya sebilangan kecil orang yang menyedari dan mengetahui perkara seumpama ini. Dan tiada seorang pun pengiklan yang membenarkan perkara seperti ini disedari dan diketahui sekurang-kurangnya ia satu kenyataan dan alasan. Mereka berusaha untuk mencari cara yang sah untuk menjual secara pos atau melalui Mail Order. Biasanya bagi menjual maklumat atau buku.

Sebuah buku, tak kiralah betapa luarbiasa sekalipun - selagi kandungan bukan sesuatu yang tidak senonoh - ia adalah sah dan boleh memenuhi syarat kiriman pos. Hanya itu sahaja syaratnya untuk menjual melalui pos dan membuat keuntungan. Sekiranya anda mengalami kegagalan setelah menggunakan teknik mereka, mereka akan mendakwa ia bukan disebabkan mereka tetapi anda sendiri!.. Itulah masaalahnya. Sesetengah pengiklan mempunyai tahap kesedaran etika yang lebih baik. Ini akan mencerminkan nilai maklumat yang diterima. Buku ini cuma sebagai syarat, bukan untuk menyedarkan dan menggambarkan sebarang tahap ukuran etika. Ia cuma mengandungi cara yang lebih praktikal untuk digunakan dan boleh memberi hasil serta keuntungan.

Jadi, iklan adalah suatu cara untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai produk, perkhidmatan dan sebagainya. Iklan direka terutamanya untuk menghasilkan keuntungan 100% atau lebih. Tambahan pula pengetahuan yang akan ditemui di dalam buku yang sedang anda baca sekarang ini boleh digunakan untuk MENGHASILKAN jumlah wang yang banyak setiap kali anda menggunakannya. Gunakan juga iklan yang boleh menarik ribuan pembeli, ianya diterangkan di dalam bab seterusnya. Anda akan memiliki mesin membuat wang seumur hidup anda.

Sekarang kita cari jalan supaya kita boleh menjadi seorang boss sekaligus pemimpin. Caranya dengan merintis, membuat program dan mengiklan sendiri. Teliti elemen-elemen yang sangat penting seperti berikut:

Ciri yang diperlukan di dalam menuju kejayaan adalah kesabaran dan tidak mudah MENGALAH dan PUTUS ASA. Anda perlukan orang untuk menyokong!. Hampir kesemua mereka yang telah mencipta kejayaan yang besar membina kejayaan melalui kehancuran dan kegagalan awal. Dan anda perlu yain orang yang membuat iklan yang boleh menghasilkan keuntungan sudah belajar melalui kesilapan mereka di masa lalu. Begitu juga dengan saya. Di dalam buku ini saya akan memperlihat dan menerangkan lingkungn kesilapan tersebut. Dengan cara ini anda akan memperolehi sedikit pengalaman.

Kesimpulannya ialah jika anda menghabiskan masa dan tenaga yang begitu berharga di dalam projek atau program yang lembab, kurang kawalan, dan penghasilan yang perlahan, adalah merugikan.

Seperti yang saya tekankan di sini, kesabaran boleh menghasilkan ganjaran yang lebih baik. Jika anda membuat program anda SENDIRI, berupaya MENGAWALnya (menguruskan), boleh menumpukan usaha, boleh menulis iklan sendiri, berterima kasihlah kepada diri sendiri. Anda patut melakukan semuanya ini sekarang. Usaha yang difokuskan secara TOTAL boleh memberi keputusan yang mengejutkan. Ia berlaku melalui proses berikut: fikiran menguncikan ingatan, kemudian menghantar mesej tersebut ke seluruh tubuh untuk diselaraskan dengan kemahuan (keinginan) anda.

Setelah anda menyedari yang anda benar-benar mahu menyempurnakan sesuatu pekerjaan, fikiran anda (otak) akan menjadi rakan kongsi biarpun dihalangi dengan unsur negatif. Sebenarnya fikiran manusia memang selalu menentang kemahuan. Kemahuan yang positif mesti ditangani dengan fikiran yang positif untuk menghasil dan memperlihatkan bakat yang tersembunyi yang tidak anda ketahui sebelumnya.

Kepada kita semua, fikiran seringkali berada di luar kawalan kita, ia berkelakuan seperti kuda yang tak dapat dikawal, terutamanya di dalam mengambil jalan hidup, iaitu tanpa sebarang arah tuju dan tiada kesungguhan. Lebih teruk lagi jika fikiran yang tidak suka kepada disiplin, ini sering kita dengar. Apabila kita sering berperang dengan keinginan dan fikiran akhirnya kita akan mengalami kebuntuan dan akhirnya keletihan. Jika unsur seperti ini lebih berpengaruh ia boleh menumpulkan kemahuan.

Keyakinan dan disiplin boleh menemukan anda dengan jalan untuk membina kekayaan. Pengetahuan, disiplin dan keyakinan serta konsisten adalah ramuan penting yang diperlukan untuk mencipta kejayaan.

Mengapa begitu penting untuk mengawal fikiran anda?. Ianya adalah supaya matalamat atau keinginan anda tidak dihanyutkan oleh fikiran yang tidak terkawal atau tidak berdisiplin. Ianya juga disebabkan oleh terlalu biasa kita melihat iklan-iklan yang menawarkan pendapatan lumayan di dalam banyak penerbitan di negara ini. Cara dan kaedah pengiklanan seperti ini sudah tentulah TIDAK sama dengan yang digunakan oleh pengeluar ubat gigi dan sabun mandi. Ini menunjukkan terdapat perbezaan di dalam cara mengiklan.

Iklan program menambah pendapatan atau membina kekayaan biasanya boleh ditemui di dalam banyak penerbitan bebas. Sebelum anda membuat iklan seperti ini iaitu tentang cara mengatasi masaalah kewangan dan kemiskinan, terangkan terlebih dahulu yang cara itu telah digunakan oleh orang yang terdahulu.

Jika anda belum pernah lagi melihat iklan seperti ini, belilah senaskah majalah atau akhbar yang mempunyai ruang iklan seperti yang disebutkan di atas. Perhatikan dengan betul-betul bentuk pengiklanan yang digunakan.

Itulah sebabnya anda perlu mengenali dan mengetahui mengenai diri sendiri. Anda perlu mengenali diri sendiri hingga ke sudut hati kecil anda. Anda akan mengetahuinya nanti. Ingat!...tidak ada siapa yang akan mempercayai anda dan mengeluarkan wang untuk membeli program anda sebelum anda menerangkan siapakah DIRI ANDA sebenarnya secara jujur. Anda perlu mengetahui sentimen yang anda miliki samada salah atau betul dan menganalisa kedangkalan diri sendiri. Dengan itu bolehlah membuat kesimpulan bahawa untuk membuat iklan perlulah kita mengetahui bagaimana untuk membuat iklan, tahu mengenai produk, program dan perkhidmatan yang kita tawarkan.

Pengiklanan umum di akhbar utama adalah mahal. Dan ia memang satu kaedah atau alat untuk memperkenal dan menyampaikan sesuatu yang begitu cepat berkembang dan boleh menghasilkan wang berjuta ringgit. Dan ia dapat mengurangkan kesilapan kerana selalunya dibuat secara profesional. Anda boleh mengiklankan apa sahaja asalkan tidak menyalahi etika pengiklanan dan undang-undang.

Mengenal diri sendiri, akan menghasilkan ganjaran biarpun anda belum pernah menerimanya sebelum ini walaupun sebesar wang satu sen. Ganjarannya begitu hebat!...anda akan berasa yakin pada diri sendiri, tahu apasebenarnya yang anda inginkan di dalam hidup. Anda juga tidak mempunyai masaalah dengan konsentrasi, fikiran anda berasa segar dan dapat membuat sesuatu pekerjaan tepat seperti yang difikirkan serta dapat mencapai matalamat yang dikehendaki. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, mungkin anda akan hilang minat di tengah jalan dan tiada keyakinan ini.

Kesabaran juga memerlukan aspek pengawalan yang kuat. Ciri-ciri seperti ini memang patut dimiliki oleh individu yang mahu mencipta kejayaan. Di masa lalu mungkin anda pernah hilang keyakinan untuk mencapai kejayaan kerana jalan atau lorong yang anda lalui dipenuhi halangan. Walaupun anda tidak boleh mengawal keadaan tetapi mungkin anda telah mendapat pengajaran. Anda tidak perlu merasa keciwa dan hilang semangat terus menerus. Sekiranya anda mahu bekerja untuk orang lain, saya rasa anda telah tersilap memilih dan membuat keputusan.

Saya berharap anda dapat melihat bahawa dengan menggunakan prinsip dan kaedah yang terkandung dalam buku ini, diharapkan anda akan menjadi individu yang lebih bernilai daripada sebelumnya. Kerana anda bukan sahaja cuma MENULIS iklan anda, malah anda sendirilah SEBENARnya yang menjadi iklan. Dan memang benar, personaliti anda akan dibaca dan dikagumi oleh setiap orang yang membaca iklan anda.

Situasi yang boleh menghancurkan boleh diatasi. Ini sudah pasti kerana kita boleh memeriksanya. Walaupun anda tidak menerima oskar untuk persembahan terbaik yang anda lakukan, sekurang-kurangnya anda dapat memperbaiki keadaan yang boleh menjadikan diri anda KAYA daripada sebelumnya!.

 

Rahsia Menjana Pendapatan melalui Prepaid | Rahsia Menjana Pendapatan melalui Handphone