Rahsia Mail Order @ Rahsia Pesanan Pos

 

PENGENALAN PERNIAGAAN POS ATAU MAIL ORDER

Perniagaan pesanan pos atau perniagaan mail order bukan sesuatu yang pernah terfikir oleh saya suatu masa dulu. Saya telah memulakan perniagaan pos ini kira-kira 6 tahun yang lalu dan masih teringat bahawa inilah satu-satunya perniagaan yang mudah, modal kecil, memberi kebebasan dan keseronokkan dan menguntungkan!.

Pengalaman menjual berbagai produk melalui pesanan pos (mail order), bermula dengan produk-produk kesihatan dan beberapa produk bacaan yang ringan dan boleh dikirim melalui pos.

Walau bagaimanapun, sejak 3 tahun yang lalu, saya telah banyak beralih kepada produk yang lebih ringan dan mudah dikendalikan melalui pos. Kini saya menyedari bahawa terdapat satu produk yang paling berpotensi untuk dilakukan melalui pesanan pos (mail order), iaitu informasi kerana ia mudah dari segi penghantaran mungkin secara muat turun atau secara penghantaran CD.

Informasi Perniagaan Pos

Produk informasi yang terdapat dipasaran dalam bentuk buku panduan, manual, laporan, artikel, pita video atau pita kaset, yang mana sangat sesuai untuk perniagaan pesanan pos. Apa jua produk informasi yang berguna kepada pembaca, boleh dipasarkan melalui pesanan pos, lebih-lebih lagi jika ianya mudah dibungkus, mudah dicetak, mudah dijual dan mudah dihantar kepada pelanggan.

RM1,000 Seminggu?

Saya ingin mendedahkan kepada anda rahsia perniagaan ini. Tetapi, anda mestilah bersedia untuk belajar dan mencuba, barulah boleh berharap untuk mendapat hasilnya. Anda akan didedahkan kepada kaedah memperolehi pendapatan yang sangat memuaskan.

Anda akan mendapati perniagaan ini benar-benar menyeronokkan dan memberi kebebasan bekerja mengikut waktu anda sendiri. Anda sebenarnya mengusahakan perniagaan sendiri dan melihatnya berkembang dan membesar setiap hari. Anda kawal sendiri kewangan dan arah tuju perniagaan anda!.

Saya memilih tajuk buku saya ini "Bagaimana Mendapatkan RM1,000 Seminggu Dalam Perniagaan Pesanan Pos" sebagai kaedah menarik minat pembaca, seperti juga peluang-peluang perniagaan lain, yang dapat kita lihat setiap hari di iklan-iklan akhbar, majalah dan sebagainya. Sebenarnya, potensi pendapatan dalam perniagaan ini tidak siapa yang dapat menentukan, kecuali anda sendiri. RM1,000 Seminggu atau lebih banyak dari itu, setiap hari atau setiap bulan, adalah mudah dicapai, jika anda mahu!.

Mengapa Memilih Pesanan Pos?

Setiap orang gemar menerima kiriman surat atau bungkusan pos. Tidak sabar untuk membuka dan mengetahui kandungannya. Kedatangan posmen sentiasa dinanti-nantikan setiap hari, sehinggakan dapat mengenali motor yang digunakan oleh posmen melalui bunyinya.

Begitulah gambaran ringkasan, betapa pentingnya peranan pos dalam kehidupan manusia sehari-harian. Mereka adalah bakal pelanggan yang berpotensi untuk memesan produk anda melalui pos. Anda mesti terokai pasaran yang besar ini dengan menggunakan kaedah yang betul, seperti yang akan ditunjukkan dalam buku panduan ini.

Cuba bayangkan perasaan anda apabila menerima puluhan sampul surat setiap hari. Tetapi kali ini, bukan surat biasa atau bungkusan, tetapi sampul surat yang mengandungi Borang Pesanan berserta WANG!. Nah!!!! Itulah yang akan terjadi apabila anda terlibat dengan perniagaan pesanan pos!.

Berapa Modal Diperlukan?

Sedikit modal sahaja diperlukan untuk keperluan asas seperti alatulis, pengiklanan dan pengeposan. Anda boleh tentukan sendiri kemampuan kewangan anda untuk memulakan perniagaan ini. Ramai mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bermula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja!.

Pemecah Kebuntuan

Buku panduan ini ini adalah pemecah kebuntuan mengenai rahsia perniagaan pesanan pos (mail order) juga mengupas rahsia industri pengiklanan dan pemasaran untuk pelbagai jenis produk di dalam perniagaan.

Sebagai penjual, faktor keuntungan memang menjadi agenda utama tetapi kita tidak boleh melupakan begitu sahaja hak-hak pembeli. Pembeli harus mempunyai SEBAB untuk MEMBELI dan membayar untuk sesuatu PRODUK!...tak lain tak bukan ialah untuk mendapat keuntungan, kepuasan dan kebahagiaan, samada yang berbentuk material, peningkatan pengetahuan, kepuasan batin (termasuk mental) dan lain-lain lagi.

Pelanggan yang memperolehi keuntungan daripada apa yang mereka bayar akan BERTERIMA KASIH kepada kita secara tak langsung kerana telah memberi keuntungan yang berganda iaitu kewangan dan kepuasan hati!.

Dengan menggunakan BUKU ini anda sebenarnya adalah pengiklan kepada produk anda. Gunakan kreativiti anda untuk mencipta cara yang lebih baik lagi – fikiran yang kreatif telah melahirkan ramai jaguh, pemimpin, usahawan, jutawan. Berfikiran KREATIF yang positif bermakna anda telah MEMECAH tadisi - mendahului ZAMAN dan jika dipraktikkan anda akan menjadi JUARA!.

Jangan sekali-kali melupakan perkara ini: "Anda Hanya Boleh Menjadi Kaya Hanya Apabila ANDA TAHU ANDA BOLEH!.

Tambahkan pengetahuan, tanamkan keinginan, tekun melaksanakan - tidak mengalah bila dihalang - jujur dalam perbuatan - kritikan adalah asam garam - yang bijak akan mengambil Hikmah - yang lemah yang tolol hanya menangis - keciwa - marah - berdendam - ini adalah kerja syaitan - yang bijak hidup berprinsip - yang lemah menjadi terhimpit!.

Samada anda seorang yang optimis atau seorang yang pesimis - ianya bergantung kepada TEROPONG terakhir yang anda gunakan untuk melihat KEHIDUPAN!.

 Disediakan oleh http://ruangiklan.com | http://duniainternet.com

 

Rahsia Menjana Pendapatan melalui Prepaid | Rahsia Menjana Pendapatan melalui Handphone